Posts

Rahsia Masjid Nabi Yang Disembunyikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri. Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu? Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-temapt suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam. Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup samasek...

Story of My Life - Come to The End

actually I also didn't know what the matter with myself recently. every time I try to close up myself to them .. seem to be they only good to me in front but at the back who know. before this, I really hope that my life will be brighter after year by year spending with them but now what i can see is only the darker side, the brighter side being push away to the corner. today.. yeah seem to be bad day again for me, i feel aggrieved with them i really thought they can be good friend with me yet it is not the same with what i expected. everything seem to be turnover around. every time they wanted for help i didn't hesitated to help them in a whole thing ... no reject because i really thought there are friends.. to be a good friends we must be nice to them treat them well just like our sibling. but what i get from them really make me fell suck. today i saw them having a chit chat among them self and they look like planning out something since all of our examination already come...

BersamaMu Ya Allah

Seperti hari hari yang biasa aku tidak dpt tidur malam kerana memikirkan keadaan semasa ku tetapi pada hari ini aku merasakan diriku dalam kecelaruan dan seperti tiada arah tuju. selang beberapa jam azan subuh mula berkumadan lalu aku pergi mengambil wudhuk dan menhamparkan sejadah untuk ku solat. selesai solat subuh aku mengenangkan apa yang aku lakukan hari semalam dan sambil memikirkan salah salah ku sebelum ini lalu aku menadahkan kedua tapak tangan ku untuk berdoa kepada mu ya Allah, setelah sekian lama aku hidup di dunia ini aku begitu jarang sekali meluangkan masa untuk bersamamu Ya Allah hari ini aku ingin meluangkan masa ku satu jam bersammu sedangkan sebelum ini aku dapat meluangkan masa berjam jam di laman sosial seperti facebook dan twitter tetapi untuk mu Ya Allah aku hanya solat dan doa selepas solat sahaja. kali ini aku ingin berdoa kepadaMu dan beristigfar mengenangkan segala kesalahan ku dan memohon kepadaMu supaya mengampuni segala dosaku, secara tanpa ku sadari air...

Misteri Pulau Hashima

Image
Pernahkah sebelum ini anda mendengar mengenai Pulau Hashima? Ada juga yang menggelarkan Pulau Hashima sebagai pu lau yang berhantu. Mengikut sejarah, selepas pulau ini ditemui, ia telah diambil alih oleh syarikat Mitsubishi Corporation untuk mengubah pulau ini menjadi pulau yang ma ju. Pulau yang begitu kaya dengan sumber arang batu ini menjadi gemilang pada tahun 1959 dengan pembinaan bangunan serta kemudahan awam yang lengkap.Siapa sangka pada tahun 50-an sudah berkembangnya bangunan-bangunan tinggi disini. Ruang yang sempit memaksa pembinaan bangunan tinggi dilaku kan.Selain kemudahan rumah untuk pekerja,turut dibina disini bangunan perubatan, restoran, bar dan teater.Ini menjadikan pulau Hashima mengandungi penduduk paling padat didunia dengan 5259 penduduk atau boleh diterjemahkan 835 orang disetiap keluasan kurang daripada 1 kilometer persegi. Selepas berakhirnya perang dunia kedua, kemajuan pulau ini bertambah dengan kemudahan kabel, radio dan dew...

PENDEKAR MELAYU DALAM SEJARAH DINASTI TANG?

Image
Salam. Mungkin perkara yang hendak saya sampaikan ini agak pelik bagi sesiapa yang tidak arif tentang sejarah ketamadunan Melayu, namun bagi yang suka membaca buku sejarah maka kehadiran orang Melayu di China adalah perkara yang tidak dapat disangkal. Ketika membuat kajian tentang hubungan China dengan Negara-negara kota Melayu saya telah terjumpa satu perkara yang amat menarik. Semuanya berkait dengan perkataan Kunlun. Sebelum saya meneruskan cerita mengenai pendekar tersebut , perlu rasanya untuk saya menjelaskan satu istilah yang penting.Kunlun adalah sebutan atau gelaran orang cina terhadap orang yang berkulit gelap. Jika kita cari didalam kamus-kamus cina lama maka akan dijumpai perkataan ini. Namun demikian, perkataan Kunlun ini pada awalnya bukanlah umum bermaksud orang yang berkulit gelap. Hal ini kerana perkataan tersebut terbit daripada sebutan cina terhadap raja yang memerintah kerajaan Funan dan kerajaan-kerajaan di Semenanjung tanah ...

Senjata Melayu Yang Hilang

Image
Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi. Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi...hancur semuanya....bangkit kembali membina empayar...perang saudara...kedatangan bangsa Eropah yang tamak....dijajah...dijajah...dijarah... Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina peradaban kembali.Perlahan-lahan. Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembok...

Kegighan Anak Jati Melayu Mencari Kebenaran

Image
Diolah semula daripada laporan asal oleh wartawan Mohd. Shukri Mohd. Ariff dalam Dewan Masyarakat keluaran November 2009 Tentu pelik pada zaman moden ini melihat seseorang berpakaian seperti pahlawan Melayu dahulukala. Siap dengan lilitan pontoh dan keris panjang tersisip di pinggang. Insan unik ini boleh dijumpai di Kampung Tanjung Sena Hulu, Rembau, Negeri Sembilan. Empunya diri bernama Zainal Al-Johan. Insan ini bukanlah calang-calang orang. Beliau merupakan cucu kepada Dato’ Putih Haji Mohd Yusof bin Abdul Hamid, pembantu khas Dato’ Abdullah Haji Dahan (Undang Luak Rembau). Beliau pernah menuntut di Akademi Marin di California, Amerika Syarikat dan pernah berkhidmat sebagai Komandan Kem Tentera di Kubang Pasu, ketika era Tun. Dr. Mahathir Mohamad masih menjadi Perdana Menteri. Menariknya, Zainal ini sering membawa Keris Tempa Melaka yang pernah digunakan oleh Hang Tuah ke mana-mana sahaja. Keris Tempa Melaka ini merupakan keris kedua Hang Tuah...