Posts

Showing posts with the label facts

Buku Penghapusan Bangsa Melayu : Kita Tahu Siapa Dalang – KWMM

Image
Dzulkarnain Taib, Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) mendakwa pihaknya mengetahui siapa dalang di sebalik penerbitan sebuah buku yang bertujuan untuk propaganda ‘penghapusan’ bangsa Melayu secara sistematik yang berjudul “ Contesting Malayness : Malay Identity Across Boundaries ” diterbitkan  National University of Singapore  pada tahun 2004. “ Kita tahu (siapa dalang) di belakang buku itu adalah tokoh pemimpin veteran Singapura. “ Buku itu mengatakan bahawa bangsa Melayu ini tidak wujud. Bahawa bangsa Melayu ini diwujudkan hanya di atas dasar politik, untuk kepentingan politik. “ Kalau cuba dicari asal-usul Melayu, sampai kiamat pun kita tidak akan jumpa dan buku ini diharamkan di Malaysia tetapi telah dijual berjuta-juta naskah di luar negara,” katanya ketika ditemui AIDC di Putrajaya, 9 Julai. Menurutnya kerajaan Singapura yang diperintah oleh PAP mempunyai agenda tertentu yang sistematik terhadap masyarakat Melayu “ Kalau kita pergi ke muzi...

Fakta Tentang Kucing

1. Kucing dewasa memiliki sekitar 30 gigi dalam mulutnya, sementara anak kucing memiliki 26 buah gigi. 2. Kucing dengan bulu putih dan mata biru biasanya terlahir tuli, walaupun begitu indera lain mereka berkembang sebagai gantinya. 3. Kumis pada kucing sangat sensitif dan dapat merasakan perubahan tekanan udara bahkan yang kecil sekalipun. Kemampuan ini membuat kucing dapat menggunakannya sebagai penuntun alternatif untuk bergerak dalam kegelapan ketika ia tidak dapat melihat. 4. Walaupun kucing memiliki 5 jari di kaki depan, mereka hanya mempunyai 4 jari pada kaki belakang. Namun pada beberapa kucing dapat terlahir dengan jari banyak sampai 7 bahkan dengan tulang tambahan. 5. Pada saat kucing berumur 6 bulan, itu setara dengan 10 tahun usia manusia. 6. Jika anda butuh sinar UV untuk melihat, pakai saja kencing kucing, karena kencing mereka menyala dalam gelap. 7. Tahukah kamu, kucing (Felis silvestrid-catus), terutama kucing rumah adalah salah satu hewan pre...

Rahsia Masjid Nabi Yang Disembunyikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri. Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu? Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-temapt suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam. Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup samasek...

Misteri Pulau Hashima

Image
Pernahkah sebelum ini anda mendengar mengenai Pulau Hashima? Ada juga yang menggelarkan Pulau Hashima sebagai pu lau yang berhantu. Mengikut sejarah, selepas pulau ini ditemui, ia telah diambil alih oleh syarikat Mitsubishi Corporation untuk mengubah pulau ini menjadi pulau yang ma ju. Pulau yang begitu kaya dengan sumber arang batu ini menjadi gemilang pada tahun 1959 dengan pembinaan bangunan serta kemudahan awam yang lengkap.Siapa sangka pada tahun 50-an sudah berkembangnya bangunan-bangunan tinggi disini. Ruang yang sempit memaksa pembinaan bangunan tinggi dilaku kan.Selain kemudahan rumah untuk pekerja,turut dibina disini bangunan perubatan, restoran, bar dan teater.Ini menjadikan pulau Hashima mengandungi penduduk paling padat didunia dengan 5259 penduduk atau boleh diterjemahkan 835 orang disetiap keluasan kurang daripada 1 kilometer persegi. Selepas berakhirnya perang dunia kedua, kemajuan pulau ini bertambah dengan kemudahan kabel, radio dan dew...

PENDEKAR MELAYU DALAM SEJARAH DINASTI TANG?

Image
Salam. Mungkin perkara yang hendak saya sampaikan ini agak pelik bagi sesiapa yang tidak arif tentang sejarah ketamadunan Melayu, namun bagi yang suka membaca buku sejarah maka kehadiran orang Melayu di China adalah perkara yang tidak dapat disangkal. Ketika membuat kajian tentang hubungan China dengan Negara-negara kota Melayu saya telah terjumpa satu perkara yang amat menarik. Semuanya berkait dengan perkataan Kunlun. Sebelum saya meneruskan cerita mengenai pendekar tersebut , perlu rasanya untuk saya menjelaskan satu istilah yang penting.Kunlun adalah sebutan atau gelaran orang cina terhadap orang yang berkulit gelap. Jika kita cari didalam kamus-kamus cina lama maka akan dijumpai perkataan ini. Namun demikian, perkataan Kunlun ini pada awalnya bukanlah umum bermaksud orang yang berkulit gelap. Hal ini kerana perkataan tersebut terbit daripada sebutan cina terhadap raja yang memerintah kerajaan Funan dan kerajaan-kerajaan di Semenanjung tanah ...

Senjata Melayu Yang Hilang

Image
Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi. Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi...hancur semuanya....bangkit kembali membina empayar...perang saudara...kedatangan bangsa Eropah yang tamak....dijajah...dijajah...dijarah... Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina peradaban kembali.Perlahan-lahan. Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembok...

Kegighan Anak Jati Melayu Mencari Kebenaran

Image
Diolah semula daripada laporan asal oleh wartawan Mohd. Shukri Mohd. Ariff dalam Dewan Masyarakat keluaran November 2009 Tentu pelik pada zaman moden ini melihat seseorang berpakaian seperti pahlawan Melayu dahulukala. Siap dengan lilitan pontoh dan keris panjang tersisip di pinggang. Insan unik ini boleh dijumpai di Kampung Tanjung Sena Hulu, Rembau, Negeri Sembilan. Empunya diri bernama Zainal Al-Johan. Insan ini bukanlah calang-calang orang. Beliau merupakan cucu kepada Dato’ Putih Haji Mohd Yusof bin Abdul Hamid, pembantu khas Dato’ Abdullah Haji Dahan (Undang Luak Rembau). Beliau pernah menuntut di Akademi Marin di California, Amerika Syarikat dan pernah berkhidmat sebagai Komandan Kem Tentera di Kubang Pasu, ketika era Tun. Dr. Mahathir Mohamad masih menjadi Perdana Menteri. Menariknya, Zainal ini sering membawa Keris Tempa Melaka yang pernah digunakan oleh Hang Tuah ke mana-mana sahaja. Keris Tempa Melaka ini merupakan keris kedua Hang Tuah...

Catatan Zainal Al-Johan Bangsa Melayu Teragung

Image
Petikan sebahagian laporan oleh wartawan Desi Ernita Dahnin yang telah disiarkan di dalam Mastika edisi November 2011 Hamba ini berbangsa Melayu. Bangsa yang satu ketika dulu adalah bangsa yang jauh peradabannya ke hadapan, meninggalkan bangsa-bangsa lain di seluruh dunia. Bangsa Melayu kaya dengan kepakaran dan teknologi. Tunggu! Jangan mencebik, jangan mencemuh! Tuan hamba sekalian mungkin tidak tahu. Benar, generasi kita hari ini tidak tahu akan fakta kehebatan bangsa Melayu zaman dahulu. Dek kerana segala fakta itu telah dimusnahkan oleh sang penjajah keparat. Penjajah tidak mahu bangsa Melayu menjadi bangsa berkuasa di dunia. Mereka tidak mahu generasi Melayu akan datang tahu kehebatan nenek moyang mereka dahulu kala. Inilah muslihat penjajah keparat! Meriam Terbesar Melayu Dilarikan ke India Bangsa kita dimomokkan bahawa Melayu dahulu kala hanya berperang dengan keris dan lembing sahaja. Tidak! Tahukah tuan hamba sekalian, bangsa kita telah mencipta meriam, sudah la...