Gynecomastia: Pembedahan Jalan Terakhir
Apa itu ginekomastia (gynecomastia)?
Ginekomastia adalah pertumbuhan payudara yang abnormal. Gynecomastia adalah akibat kelainan hormon estrogen dan testosteron yang menyebabkan pertumbuhan jaringan payudara secara berlebihan. Sebenarnya ini bukan penyakit melainkan masalah estetika saja.
Apakah tanda-tanda dan gejala ginekomastia (gynecomastia)?
Gejala ginekomastia adalah:
- Payudara lebih besar dari dari normal pada umumnya.
- Ada jaringan yang mengeras dan meradang di bawah puting, dan dapat dirasakan oleh tangan.
- Ada sedikit rasa sakit pada payudara tapi tidak serius.
Mungkin ada beberapa tanda atau gejala yang tidak disebutkan di atas. Jika korang memiliki ketidak selesaan tentang gejala gynecomastia tertentu, mohon mendapatkan rawatan pada doktor.
Apa penyebab ginekomastia (gynecomastia)?
Ginekomastia adalah kondisi yang pada lelaki disebabkan oleh perubahan hormon saat akil baligh. Kondisi ini mingkin dapat muncul semasa bayi mahupun lelaki dewasa. Beberapa jenis ubat-ubatan jenis steroid yang digunakan di gym mungkin boleh menyebabkan belakunya gejala ini.
Susu soya, tauhu dan makanan lain yang mengandungi soya juga adalah salah satu faktor penyebab ginekomastia karena soya mengandung banyak hormon estrogen. Pengunaan ubat stimulant juga dapat menyebabkan ginekomastia.. Selain itu, ada juga beberapa penyebab lain gynecomastia seperti kanser payudara, tumor mammary, cacat lahir, dan penyakit hati atau ginjal.
Korang dah faham sedikit sebanyak kan mengenai gynecomastia kan? sedar tak sedar dalam kalangan kita ramai juga kaum lelaki mengihidapi gejala ini tetapi mereka menyorok dan segan untuk memberitahu orang lain. Gejala ini juga boleh menyebabkan moral down or low self esteem dek kerana risau orang tahu bahawa seorang lelaki memiliki payudara seperti perempuan. Ada juga yg cuba membeli compression vest untuk menyorok dan ada jugak yang mencuba membeli pelbagai jenis ubat ubatan tetapi tidak berjaya. Kalau gejala ini hanya kecil sebenarnya ia dapat di pulihkan dengan melakukan exercise membina otot di bahagian dada, kalau untuk kes tertentu dan sangat besar dah mcm cup B perempuan, memang tak dapat nak hilangkan dengan exercise.
ada juga sesetengah orang yang mengidap gynecosmatia ni diorang akan segan nk bukak baju klau mandi kolam or berada di tempat awam, jadi benda ini sebenarnya agak serius bagi orang yang memhadapinya. Untuk mereka yang sudah mencuba pelbagai cara untuk menghilangkannya, pembedahan adalah cara terakhir. Tetapi jkorang kena pastikan terlebih dahulu, yang dibahagian dada itu lemak atau tissue. Bagi orang yang overweight mereka juga boleh mempunyai man boobs, jadi korang jangan mengada nak buat pembedahan, pembedahan ni klau korg buat dia hanya temporary, sebab diet korang masih belum teratur, lepas buang, lemak akan naik balik. Pembedahan ini hanya apply pada orang yang body weight ratio dia normal.
mesti ramai daripada korang terfikir bagaimana nak pergi ke arah pembedahan, ye lah, klau buat kat swasta sangat mahal. Kos dia boleh mencecah RM10, 000! tapi rata-rata kebiasaan dalam lingkungan RM3,000 - RM5,000.
Bagaimana pula dengan hospital Semi-government atau government? ramai yang tahu di hospital kerajaan sebenarnya pun boleh buat tetapi masa menunggu dia sangat lama dan pembedahan ini hanyalah lebih kepada estetik, kebanyakan hospital menolak pesakit untuk pembedahan sebegini kerana mereka banyak lagi kes kes kritikal nak attend.
Jadi disini aku nak share dengan korang bagaimana cara kalau korang mempunyai gejala gynecosmatia ni dan merasakan pembedahan adalah option terakhir, dalam masa yang sama dengan kos yang rendah.
Aku akan ceritakan step by step secara detail proses yang korang kena lakukan untuk ke arah treatment ini. Buat masa ini mengikut pemerhatian aku, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) adalah tempat yang terbaik untuk korang lakukan pembedahan itu. Doktor di situ kebanyakan doctor pakar bedah-bedah, maklumlah kat situ ada pusat rawatan kanser. Boleh consider PPUM ni one of the best Semi Government Hospital kt Malaysia ni. Harga yang di tawarkan jugak sangat berpatutan.
- Ok mari kita teruskan, untuk mendapatkan rawatan ini di PPUM korang kena pergi ke klinik surgery tingkat 1 Menara Selatan, ingat, jangan main serbu aje, sebelum itu korang perlu pergi mana-mana klinik kesihatan kerajaan untuk mendapatkan referral letter. klinik kerajaan sahaja, klau pergi klinik swasta nanti PPUM akan Caj macam swasta. Klau nak dia caj with subsidi kerajaan, kena pergi klinik kerajaan. Ceritakan pada doctor yang bertugas masalah yang dihadapi, dah berapa lama menghidapi gejala ni semua, then mintak doctor buat referral letter untuk mendapatkan rawatan kt PPUM.
- Selepas dapat referral letter dari klinik kesihatan, boleh lah korang menuju ke PPUM, tapi jangan lagi pergi kt klinik surgery, korang kena gi dapatkan appointment dekat breast cancer klinik di Menara Utama tingkat 6, pergi jumpa nurse yang comel comel kt situ then tunjuk referral letter kt diorang, kadang-kadang doctor bedah pun ada kat situ. korang boleh pergi sana Isnin sampai Jumaat dari pukul 9 pagi sampai 4 petang, kecuali hari rabu sebab semua nurse nurse tu pergi klinik surgery.
- Lepas jumpa nurse or doctor, dia akan suruh buat ultrasound breast and set appointment jumpa doctor kt klinik surgery, klau buat dekat PPUM jugak nanti lama que nak tunggu, ada tu sampai 4 bulan baru boleh buat ultrasound, biasanya nurse akan suruh buat kt luar. Banyak hospital swasta offer buat ultrasound, Assunta, KPJ dan banyak lagi dan kos dia lebih kurang RM200. nanti doctor yang dekat hospital buat ultrasound tu akan bagi filem ultrasound and report on the spot.
- Lepas dah siap buat ultrasound semua tu, boleh la pergi ke klinik surgery tu ikut appointment date yang diberi masa jumpa nurse kt klinik kanser. Perlu ingat, Que dekat klinik surgery ni memang lama, klau korang datang awal pun diorang tak akan register sehingga 30 minit dari waktu temujanji. janji plan lah masa, bawa segala alat gadjet nk hilangkan bosan. Bila dah sampai turn jumpa doctor nanti doctor akan memeriksa breast and testicles korang nak tau size dia normal ke tak, tahan la malu klau korang dapat doctor perempuan ye. Klau semua ok , doctor akan suruh korang buat blood test untuk check hormone level dalam darah, harga dalam RM200. gynecomastia ni boleh disebabkan hormone imbalance, klau hormone korang tak balance, lepas bedah akan jadi balik. so doctor kena check betul betul. tapi biasanya blood test tu akan buat hari lain. doctor akan bagi Tarikh bila nk buat blood test and bila next appointment, kebiasaannya satu minggu jer.
- bila dah selesai buat blood test, boleh la follow Tarikh jumpa doctor and doctor akan tengok result, if semua ok juga, then doctor akan tanya dulu, adakah korang setuju nak buat pembedahan sebab benda ni hanya kosmetik. Pembedahan ni jugak akan ada risiko dah komplikasi, tapi percentage dia rendah. klau korang setuju, dia akan set appointment untuk 3 benda. 1st, dapatkan pressure garment kat jabatan fisiologi (Kena order) dalam RM30 satu, lepas tu jumpa doctor anestatik dan Tarikh bedah. Bedah ni akan akan 2 method, korang kena bicang dengan doctor nak yang macamana. Nak jumpa doctor anestatik ni biasanya seminggu sebelum surgery.
- Pergi appointment 1st jumpa fisiologi, diorg akan ukur badan untuk pressure garment.
- Pergi jumpa doctor anestatik dekat Menara timur tingkat 2,situ adalah daycare unit, lepas beda biasanya korang akan masuk ward situ, dia akan ambik darah, then tengok result samada kena full GA or partial. Tapi kebiasaannya full, means korang akan ditidurkan. then doctor akan suruh korg buat xray. Seminggu sebelum surgery, untuk perokok korang kena tahan la sekejap, sebab diorg tak nak ada komplikasi semasa pembedahan, dah ada kes pesakit masuk ICU sebab merokok sebelum pembedahan. korang jugak kena puasa 12 jam, nak bagi perut kosong, ni normal procedure untuk mana mana pembedahan. doctor juga akanbagi korang prekripsi jenis ubat yang korang kena beli kt farmasi ubat khas untuk hari pembedahan nanti, jangan tak bawa pulak.
- Hari pembedahan korang kena pergi dekat Menara timur tingkat 4, kt situ adalah daycare surgery. nanti dia akan suruh korang salin baju semua, nanti kena datang dengan ahli keluarga sebab nak diorg pegang barang-barang korang and pergi membuat pembayaran untuk pembedahan, harga pembedahan dalam RM550. Lepas menunggu nak dibedahm diorg akan check korang sekali lagi then akan explain procedure pastu lukis lukis kt dada korang tempat dia nk buang. Sampai aje giliran, korang akan dimasukan dalam ER room and ditidurkan.
- Depends pada size buah dada korang yang nak buang tu, jangka masa ada sampai 3 jam. Lepas diorg siap bedah diorang akan kejutkan korang, masa tu korang akan mamai, sebab kesan ubat bius dan korang akan dipasang drain tube untuk buang darah dari tempat bedah untuk mengelak Secoma. Benda tiub tu depend pada individu, ada orang cepat stop darah, ada orang lambat. Lepas kesan ubat bius tu habis, korang akan merasa lah sedikit kesakitan klau bergerak, jadi kurangkan bergerak and makan la painkiller Ikot schedule yang diberikan.
- Korang akan masuk ward daycare untuk semalaman. Kebiasaaan keesokan harinya dah boleh balik. Korang nak balik tu kena bawak sekali tank and tiub yang sambung ke badan. Sebelum balik doctor akan buakan balutan then suruh pakai pressure garment yang korang beli kat fisiologi tu. Pastu diorg akan bagi sekali Tarikh appointment untuk check tank, klau darah korang banyak, takleh cabut lagi lah tiub tu. Doctor akan continuously pantau level darah dalam tank sampai darah yang kuar dah kurang.
- Bila both tank and tiub dah cabut, doctor akan bagi appointment date pergi klinik surgery balik untuk check kondisi breast. kalau semua Nampak baik, doctor akan jumpa balik dalam masa 3 bulan.
Begitulah kronologi klau korang nak buat pembedahan gynecomastia kat PPUM, Nampak macam banyak proses tapi worth it lah untuk korang yang ada masalah ini. Lepas ni dah boleh pakai baju T-Shirt tanpa pakai pressure vest nak cover man boobs tu. boleh gi mandi kolam bukak baju, and pasni tak da la rasa kurang keyakinan diri lagi.
Jangka masa nak recovery selepas pembedahan ni depend pada orang. Ada yang sebulan dah ok, ada yang 2 bulan dan ada jugak sampai 3 bulan.
Peringatan, selepas pembedahan tu kena jaga jaga sikit pergerakan sebab tempat lubang tiub masuk badan tu mungkin boleh bocor, jadi kena kurangkan pergerakan.
oklah, harap harap nukilan ini dapat membantu korang yang mempunyai masalah sebegini untuk mendapatkan rawatan yang terbaik, bagus dan paling penting murah!
Terima Kasih!
Bro nak tanya kos semua habis berapa?
ReplyDeleteklo swasta dlm 15k - 21k
Deletekerajaan dlm 3k ke 5k or lebh skit,hanya Tuhan yg tau Prasaan kite bile de mslh cmni kn😭😭😭
maaf kerana saya sudah lama x update blog ni. total cost lebih kurang RM3k di hospital kerajaan
DeleteBrapa kos semua bro? Aq dh Lama nk buat cuma xde modal,
ReplyDeleteYa bro betul lah tu . Aku pun nak kena cari masa cari modal nak buat benda ni . Malu kalau nak bukak baju time ada orang
DeleteTu ah, aq dri darjah 6 sampai skrng ni xpernah bukak baju depan kawn2 or luar rumah,,
Deleteaku siap beli compression vest sbb nak cover dada, tapi sampai bila nak pakai, nak taknak kena bedah juga, sedih la mcmni, sumpah give up :(
Deleteklo swasta dlm 15k - 21k
Deletekerajaan dlm 3k ke 5k or lebh skit,hanya Tuhan yg tau Prasaan kite bile de mslh cmni kn😭😭😭
Si admin yg tulis ni memang x baca komen ke?
ReplyDeleteklo swasta dlm 15k - 21k
Deletekerajaan dlm 3k ke 5k or lebh skit,hanya Tuhan yg tau Prasaan kite bile de mslh cmni kn😭😭😭
Asalamualaikum, maaf kerana saya tidak dapat nak respond kerana saya sudah lama tidak menulis blog, total cost untuk pembedahan adalah sekita RM3k - 4K
DeleteOi admin, xreti nk jawab soalan ke?
ReplyDeleteklo swasta dlm 15k - 21k
Deletekerajaan dlm 3k ke 5k or lebh skit,hanya Tuhan yg tau Prasaan kite bile de mslh cmni kn😭😭😭
Asalamualaikum, maaf kerana saya tidak dapat nak respond kerana saya sudah lama tidak menulis blog, total cost untuk pembedahan adalah sekita RM3k - 4K
Deleteadmin, total cost di PPUM tu berapa ya? serious question ni sbb mmg dah tak tahan (depression/malu melampau), tolong la reply admin :(
ReplyDeleteAsalamualaikum, maaf kerana saya tidak dapat nak respond kerana saya sudah lama tidak menulis blog, total cost untuk pembedahan adalah sekita RM3k - 4K
DeleteHarga atas besar manboos anda
ReplyDeleteKalau dekat glojas Rm10500
ReplyDeletethanks bro malangnya budak sekolah lagi nk share story kat parents pun malu
ReplyDeletejangan malu, kerana benda ini boleh affect kebebasan kita, sy pun buat pembedahan selepas bekerja
DeleteBro buat pembedahan ni dekat hospital semi-government kan?
ReplyDeleteKalau hospital fully government, agak² murah lagi tak??
tak semua hospital government ada buat pembedahan ini sbb pembedahan ini dikira sebagai kosmetik surgery
DeleteSalam bro, macam mana saya nak contact bro ea. saya nak tanya sedikit soalan pasal pembedahan ni.
ReplyDeletebro ada dapat contact dia tak, ke bro pon dah settle benda ni? mohon respon
Deleteuntuk yg kerja gomen boleh guna GL tak dekat PPUM ?
ReplyDeleteAsalam nk tanya, insurans cover ke tak untuk surgery ni
ReplyDeletetak cover, sy dah jumpa doktor, gynecomastia kira cosmetic surgery, saya ada pada dua belah, kos di hospital swasta dalam rm10k lebih
Deletesaudara kerol, boleh ke saya nak berhubung dengan saudara nak tanya lebih lanjut, dan benda ni valid lagi ke tahun 2024
ReplyDeleteSaya baru buat dekat glojas, total 9k lebih depends pada saiz buah dada, tahun 2020 amek referal letter dari kk ampang dan set appointment kat hospital ampang, sebulan pastu pegi hospital ampang cek semua ultrasound dgn testis, dr ckp mmg ada lemak dekat dada tapi dia rasa dia nampak "normal", dia kata boleh hilang kalau pegi gym, abah dia, pastu ckp lagi kalau nak buat dia ada kawan kat hospital sg buloh, nanti dia roger saya, sampai hari ni xde contactnya pun kene lipat mat, kiwak betul, pastu kecewa dgn harapan palsu saya just biarkan je, cover dada pakai sweater walaupun saya seorang yg kurus berat cuma 55 kg, pernah berat 45 kg pun yg lain semua turun dekat tetek still sama, 2024 tetek start rasa sakit bila tekan, pegi hospital pantai bangsar, buat sekali lagi ultrasound dr cakap mmg tetek kanan besar dari tetek kiri tapi rasanya bkn gynecomastia, yg tetek kanan je gynecomastia dan dia jrg operate kes gyno melainkan patient setuju pakai duit sendiri bkn under insurance, sbb saya pegi under insurance company dan x cover sbb dikira cosmetic, so x tahan dah rasa malu dan takut kalau2 jadi apa2 di kemudian hari sbb sakit tetek, set appointment dgn glojas utk free consultation, sampai sana cerita semua kat dr apa yg saya lalui, sekali selak baju je dr dah tau dah gynecomastia, dan dia terangkan prosedur pembedahan, x sampai setengah jam pun dr terangkan, bgthu kos semua, terus setuju dan decide utk operate, nah sekali operate bkn main besor lagi gland yg doktor keluarkan, sebelum keluarkan gland @ breast tissue tu, dr buat liposuction dulu, alhamdulillah, selamat semuanya, skrg tgh proses healing, xdelah sakit sgt pun surgery ni, kalau nak tahu lebih cerita sy atau ada apa2 nak tanya email saya di 92adha@gmail.com, sekian saja sharing pengalaman saya, tq
ReplyDelete