Assalamualaikum dan selamat sejahtera, amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun
masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu
Masjid an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di
masjid nabi itu sendiri. Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?
Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code
daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-temapt suci
Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng
kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia
tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan
juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada
umat Islam. Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di
Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat
supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup samasekali supaya
tidak kelihatan, apakah rahsianya?
Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram
Mekah, semuanya telah hancur menjadi debu. Mereka menganggap pembangunan
yang tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan
dan puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan
dengan penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi
penghayatan umat Islam yang kemudian. Itulah harapan oleh ulamak yang
mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap umat Islam akhir zaman,
tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh kita umat Islam.
Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil
Haram, peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi
oleh pihak berkuasa Saudi (
http://saudi-archaeology.com)
Umat Islam lebih mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik
mungkin tulisan-tulisan yang dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk
mencari rahsia Piramid, padahal tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja
Firaun yang di anggap tuhan oleh mereka seperti telah di terangkan
dalam banyak ayat quran. Amat hairan kenapa langkah yang sedemikian
tidak diambil terhadap segala peninggalan Rasulullah bukan setakat
tempat tinggal Rasulullah tetapi tempat baginda bertahajjud dalam masjid
nabi pun disembunyikan.
Kotak bertanda hijau dalam gambar diatas merupakan tempat yang paling
disukai oleh baginda Nabi s.a.w mengerjakan solat tahajjud. Tetapi
pihak berkuasa Saudi telah menutupnya Mehrab Tahajjud ini dengan rak-rak
buku. Timbul persoalan apakah tujuan menyembunyikan tempat yang
mempunyai nilai yang tinggi untuk umat Islam dalam menghayati perjalanan
hidup Rasulullah s.a.w.
Comments
Post a Comment