Senjata Melayu Yang Hilang
Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban
yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di
satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang
melebur besi.
Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi
peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi
tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi...hancur
semuanya....bangkit kembali membina empayar...perang
saudara...kedatangan bangsa Eropah yang
tamak....dijajah...dijajah...dijarah...
Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.
Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat
mereka?Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus
keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas
gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan
tombak dan keris.Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang
pisang.Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.Gambar rumah
beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi....gambar gabenor
British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh
di satu sudut.
Selak lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu
pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh,miskin dan nampak kurang
berpendidikan.Membosankan.
Dalam artikel saya akan mendedahkan realiti sebenar
peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di
pulau-pulau Nusantara (Indonesia).Saya akan mendedahkan betapa antara
orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan
menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular
ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"
Benarkah begitu?
'Musketeers' dan 'Gunners' Melayu
Pada tahun
80-an,satu filem telah diterbitkan berlatar belakangkan zaman
dahulu,mungkin sekitar abad ke 17.Keistimewaan filem ini ialah,ia
memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan
meriam-meriam kecil,dalam istilah Melayunya 'Lela Rentaka'.
Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua
orang,di bawa ke sana sini.Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera
bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi
sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan.Aksi
letupan yang begitu 'real' dan suasana selepas perang di mana
mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah
bersemburan di sana sini.Filem ini begitu istimewa berbanding
filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun
imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat;asyik-asyik berperang
menggunakan keris dan lembing.Penggunaan meriam yang meluas di dalam
filem ini amat menarik serta unik dan menimbulkan pelbagai misteri.
Apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu
dahulukala?Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para
conquistador,pengembara Eropah,pedagang dan duta-duta asing,menyebutkan
saiz kapal,penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum
era penjajahan?Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di
sini,nadanya berlainan?Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan
sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden?Mengapa pandangan
para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan
pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?
Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??
Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan
sejarah Patani,mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa
menggunakan pistol dan senapang,apatah lagi meriam.Ini tidak kalah
dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang
tentera Burma.Mereka betul dari segi sejarah.
Mengapa saya kata begitu?Kerana apabila teknologi meriam
semakin maju pada abad ke-14,seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan
teknologi ini.Kerajaan-kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar
Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia
berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki
meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.
Jadi ADAKAH
SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR
MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?
Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah
biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik
dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan'
mereka.
Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya
berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar
(musket) dan ubat bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang
pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah
mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja.Tiada
satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI
GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN
JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT
DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU
SENDIRI.
Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja
menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing
selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan
rumbia.Sungguh memalukan.
Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu,mereka
menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol,meriam dan
senapang.Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya
memakai baju zirah;baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam
melukai daging kulit.Dari mana mereka mengorek rahsia ini?Dari
catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan
Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.
Malah semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,mempunyai istilah Melayunya sendiri:
*Cannon=Meriam,Lela
*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka
*Flintlock Musket=Istinggar
*Blunderbuss=Pemuras
*Pistol=Terakol
Mari kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:
Pemuras
Pemuras
adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu
dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan
orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga
Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang
Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang
Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu
menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah
sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber
pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk
kembang (funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru timah
hitam (lead)
Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih kecil,seperti pistol.
Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon atau
Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah
senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan
pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah
agak popular berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih
kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar
atau Flintlock Musket.Mengapa?
Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih.Penggunaan blunderbuss ini
adalah amat popular dikalangan pelaut,lanun dan pedagang.Ini kerana ia
sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu
mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak
dekat.
Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm
(dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm
(tiga kaki) panjang.Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga
pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing
roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam
belas inci) panjang bagi Pemuras.
*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini.
Dalam budaya masyarakat Melayu,Kesultanan Brunei adalah diantara salah
sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah
alat kebesaran kerajaan atau regalia.Ia menjadi lambang kebesaran
Brunei dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'.Karga
ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.
Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan
cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti
Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat
penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda
kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.
Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47)
di duit syililing mereka,Mozambique meletakkannya di bendera
mereka,bayangkan,kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.
Terakol
Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan
pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya menggunakan
teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini
membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan
'fius'.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk
dari Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan
Rajah,Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar
Brunei menentang Rajah Brooke.
Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang
Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah
menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api)
dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.
*Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)
Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.
Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.
Istinggar
Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah
sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel
lock.Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi
flintlock (kancing batu api).Penggunaan flintlock ini meningkatkan
kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api.Mula
diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar
dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih
awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda
(wheel lock).
Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama
seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat
Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah
berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun
Saban.Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala
jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggar
yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah
daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.
Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam
kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh
tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang
Portugis.Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika
menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.
Lela Rentaka
Rentaka,adalah
sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam biasa.Dalam
Bahasa Inggeris,ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka).Rentaka
adalah senjata khas orang Melayu,kerana mereka sendiri yang
menciptanya,sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas.Ini
adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan
keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat.Rentaka
inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.
Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi
dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran
lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang
dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan
lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa
penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai
arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih.
Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan
yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan
larat,naga,buaya,cicak,ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk
rebung.
Apa
yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah
alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan
ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan
dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat
berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan
tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan
bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.
Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang
dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah
menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh
Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera
Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara
banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang
menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain
daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan
para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan
terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium
di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak
Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah
kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.
Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah
mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan
Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka
bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan
penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara
yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.
Meriam/Lela
*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand
Meriam mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan
digelapkan dalam sejarah Melayu.Meriam digunakan di tembok-tembok kota
Melaka.Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di
Selangor.Meriam digunakan di Pasir Salak.Meriam digunakan di Singgora
melawan Thai dan Inggeris dan Belanda.Meriam adalah cukup sinonim
dengan seni peperangan Melayu.Jika Brunei dan Sulu terkenal
mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik,maka Patani pula
adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika
dahulu.
Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri
atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina.Kemudian meriam
diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah,yang juga merupakan
pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian
pedagang Belanda pula memperkenalkannya.
Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah
Seri Nagara,Seri Patani dan Mahalela.Dan meriam Seri Nagara dan Seri
Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara!Menariknya
bukan orang lain yang membuat dan memilikinya,tetapi orang Melayu juga!
Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai
tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani,
Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624)
telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim
To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah
meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri
Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula
lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini
telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu
pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.
Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di
bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk
membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan
Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah
kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani.
Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil
sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam
laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam
Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.
Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam
yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan
untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan.
Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah
anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal
perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani
ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai
menyerang Pattani.Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini
digunakan dan peperangan tersebut dengan menonton filem Queen of
Langkasuka.
Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.
Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari
pengetahuan kita ini,adakah kita masih berfikir nenek moyang kita
berperang menggunakan sumpit,lembing dan keris?JIka nenek moyang kita
berperang dengan senjata-senjata itu sahaja,alamat kita sekarang
bukanlah duduk di Malaysia,tetapi di sebuah negeri Inggeris
lain,seperti Australia.SEbab orang-orang Melayu mempunyai
senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja
mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas
dan tamak.Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul
rentaka,membawa Pemuras di samping parang dan keris,menentang ketamakan
dan kebuasan penjajah.Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak
berjuang mempertahankan tanah air,mungkin hari ini kita akan menjadi
seperti Red Indian atau aborigine Australia.Inggeris walaupun buas dan
kejam,namun masih menjaga 'standard' mereka cuba menghormati perjuangan
orang-orang Melayu mempertahankan warisan.Mereka cuba mengawal alter
amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli
meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih
dahulu di setiap negeri Melayu.Apa salahnya Inggeris membawa
balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau
menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil,Hindi
dan Maharaja Moghul di India.Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau
Seychelles,namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru
di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti
Sultan Abdullah.Pelikkan?Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low
menjadi 'Rajah Perak' sebagaimana James Brooke menjadi Rajah
Sarawak.Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya
menghancurkan dinasti raja China dan India.Tetapi ini tidak
berlaku.Bukan sahaja orang Melayu,malah 'Mat Salleh' pun berdegil
'mempertahankan' takhta raja-raja Melayu.Lucu dan aneh.Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri,orang lain pun akan segan dan hormat pada kita.Seperti
juga hari ini,jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita
sendiri,sebagai contoh Tulisan Jawi,Cina Komunis pun tidak segan silu
mahu membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan.Jika kita
sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri,siapa lagi
hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan
agama kita sendiri??Orang asing??
SEbagai kesimpulannya,dengan pendedahan ini yakinlah kita
bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya
mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan
membuatnya juga!Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar)
dan pistol (Terakol).
*Contoh Terakol digunakan ketika menyerang.Terakol juga terkenal kerana buatannya yang berseni dan berukiran halus.
Masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan Rentakanya
di dalam filem 80-an itu.Adegan dua orang hulubalang mengandar batang
Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambil meniti batas-batas sawah
meninggalkan misteri yang aneh.Kenapa drama dan filem lain tidak
seperti filem yang satu ini?Siapa pengarah filem ini?Sungguh,saya
betul-betul tabik pada pembuat filem itu.
Jadi fikirkan,adakah Inggeris dan Belanda takutkan
orang-orang Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit,lembing
dan keris (kesampingkan ilmu mistik,kita bercakap soal realiti)?Tidak sama sekali.Para musketeers dan gunners Melayu
inilah antara 'penggerun' mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10
kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu,mengkristiankan seluruh orang
Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan
Australia.
Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu.
Dalam legenda Melayu,berkaitan ilmu mistik dalam kategori
ilmu kebal,antara pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah
peluru emas.Dan ini adalah benar,dan askar Belanda menggunakan peluru
emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan
Jawa.Malah Mat Kilau juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri
berkenaan rahsia ini.Jadi fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu
sendiri menyebutkan perihal peluru emas,masakan orang Melayu ketika itu
masih terkebil-kebil memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis
yang bersenjatakan matchlock musket,blunderbuss dan cannon?
Bibliografi:
Sejarah Kesultanan Brunei
Sulalatus Salatin
Surat-surat Antonio de Pigafetta dan Maximilius Transylvanus
Dan kajian persendirian yang lain.
Comments
Post a Comment