PENDEKAR MELAYU DALAM SEJARAH DINASTI TANG?
Salam. Mungkin perkara yang hendak saya sampaikan ini agak pelik bagi sesiapa yang tidak arif tentang sejarah ketamadunan Melayu, namun bagi yang suka membaca buku sejarah maka kehadiran orang Melayu di China adalah perkara yang tidak dapat disangkal. Ketika membuat kajian tentang hubungan China dengan Negara-negara kota Melayu saya telah terjumpa satu perkara yang amat menarik. Semuanya berkait dengan perkataan Kunlun. Sebelum saya meneruskan cerita mengenai pendekar tersebut , perlu rasanya untuk saya menjelaskan satu istilah yang penting.Kunlun adalah sebutan atau gelaran orang cina terhadap orang yang berkulit gelap. Jika kita cari didalam kamus-kamus cina lama maka akan dijumpai perkataan ini. Namun demikian, perkataan Kunlun ini pada awalnya bukanlah umum bermaksud orang yang berkulit gelap. Hal ini kerana perkataan tersebut terbit daripada sebutan cina terhadap raja yang memerintah kerajaan Funan dan kerajaan-kerajaan di Semenanjung tanah ...