Harga Dan Spesifikasi Proton Iriz 2014
Harga Dan Spesifikasi Proton Iriz 2014 . Seperti sedia maklum, Proton Malaysia telah melancarkan suatu model kereta terbaru iaitu satu model yang dikategorikan sebagai Compact Car iaitu Proton Iriz yang dikatakan memberikan penjimatan bahan api dan mempunyai harga mampu milik yang berpatutan. Model Proton Iriz ini didatangkan dengan tujuh pilihan warna yang menarik iaitu genetic silver, fire red, solid white, citrus green, silver moon dust, tranquility black dan atlantic blue . Model Proton Iriz ini kini boleh ditempah bermula hari ini dengan harga RM 300. Harga Dan Spesifikasi Proton Iriz 2014 Harga Proton Iriz 2014 Harga jualan bagi Semenanjung itu membabitkan model berkuasa 1.3 liter dengan pilihan empat varian iaitu Standard (manual), Standard (CVT), Executive (manual) dan Executive (CVT) bermula dari RM 42,438 hingga RM 50,888 . Bagi model 1.6 liter turut menawarkan empat pilihan varian iaitu Executive (manual), Executive (CVT), Premium (manual) dan Premium (C...