Posts

Showing posts with the label Malay

Buku Penghapusan Bangsa Melayu : Kita Tahu Siapa Dalang – KWMM

Image
Dzulkarnain Taib, Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) mendakwa pihaknya mengetahui siapa dalang di sebalik penerbitan sebuah buku yang bertujuan untuk propaganda ‘penghapusan’ bangsa Melayu secara sistematik yang berjudul “ Contesting Malayness : Malay Identity Across Boundaries ” diterbitkan  National University of Singapore  pada tahun 2004. “ Kita tahu (siapa dalang) di belakang buku itu adalah tokoh pemimpin veteran Singapura. “ Buku itu mengatakan bahawa bangsa Melayu ini tidak wujud. Bahawa bangsa Melayu ini diwujudkan hanya di atas dasar politik, untuk kepentingan politik. “ Kalau cuba dicari asal-usul Melayu, sampai kiamat pun kita tidak akan jumpa dan buku ini diharamkan di Malaysia tetapi telah dijual berjuta-juta naskah di luar negara,” katanya ketika ditemui AIDC di Putrajaya, 9 Julai. Menurutnya kerajaan Singapura yang diperintah oleh PAP mempunyai agenda tertentu yang sistematik terhadap masyarakat Melayu “ Kalau kita pergi ke muzi...