Harga Dan Spesifikasi Proton Iriz 2014


Harga Dan Spesifikasi Proton Iriz 2014. Seperti sedia maklum, Proton Malaysia telah melancarkan suatu model kereta terbaru iaitu satu model yang dikategorikan sebagai Compact Car iaitu Proton Iriz yang dikatakan memberikan penjimatan bahan api dan mempunyai harga mampu milik yang berpatutan. Model Proton Iriz ini didatangkan dengan tujuh pilihan warna yang menarik iaitu genetic silver, fire red, solid white, citrus green, silver moon dust, tranquility black dan atlantic blue. Model Proton Iriz ini kini boleh ditempah bermula hari ini dengan harga RM 300.


Harga Dan Spesifikasi Proton Iriz 2014

Harga Proton Iriz 2014
Harga jualan bagi Semenanjung itu membabitkan model berkuasa 1.3 liter dengan pilihan empat varian iaitu Standard (manual), Standard (CVT), Executive (manual) dan Executive (CVT) bermula dari RM 42,438 hingga RM 50,888.
Bagi model 1.6 liter turut menawarkan empat pilihan varian iaitu Executive (manual), Executive (CVT), Premium (manual) dan Premium (CVT) bermula dari RM 55,888 hingga RM 62,888.


Spesifikasi Proton Iriz 2014
Proton Iriz 2014 ini dipadankan dengan dua transmisi manual dan automatik dan model ini juga didatangkan dengan dua jenis enjin terbaru menggunakan teknologi VVT dalam sesaran 1.3 dan 1.6 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 110hp dan tork 148Nm, selain mampu mencecah kelajuan lebih 180 km/j.



Comments

Popular Post

Gynecomastia: Pembedahan Jalan Terakhir

Catatan Zainal Al-Johan Bangsa Melayu Teragung

Gambaran Yakjud & Makjud