Gambaran Yakjud & Makjud

Mahkluk Perosak Bernama Dajjal & Yakjud-Makjud



Perkhabaran yang telah disampaikan kepada kita menunjukkan "makhluk perosak" yang yang bakal menghancurkan muka bumi ini amat merbahaya, buas dan rakus seumpama haiwan liar. Mereka memakan apa sahaja yang dijumpai termasuklah bukit bukau dan gunung ganang. Melakukan keganasan dan kemusnahan seolah-olah mereka itu makhluk gergasi yang cukup menggerunkan. Mereka akan berduyun-duyun (gambaran: terlalu banyak) meluru dari segenap tempat yang tinggi. Melakukan kerosakan demi kerosakan ke atas muka bumi ini. Tidak pula ada sebarang cerita tentang kebaikan mereka.

Tiada siapa yang berupaya menghalang apa lagi untuk menghapuskan mereka. Walaupun seorang maharaja yang gagah perkasa serta mempunyai bilangan tentera yang ramai (Zulkarnain, seorang raja yang mempunyai kerajaan besar dari barat hingga ke timur. Memerintah satu pertiga bumi).

Apakah kerana terlalu ramainya bilangan mereka atau kerana sifat ganas yang mereka miliki menghalang Zulkarnain menghancurkan manusia perosak ini? Adakah mereka ini amat kuat dan "sakti" sehingga tidak terkalahkan? Tidak !! Sememangnya Allah telah menetapkan sedemikian. Begitu juga Dajjal, tiada siapa yang mampu membunuhnya melainkan Nabi Isa as.


Nuffnang Ads







Makhluk perosak ini dikatakan akan meminum air danau yang dijumpai dalam laluannya sehingga kering. Sementara itu, untuk menghindari dari kekejaman makhluk ini, orang-orang yang beriman dan taat terpaksa menyelamatkan diri dibukit-bukit yang tinggi. (Saya akan huraikan maksud tersembunyi dari maksud hadis tersebut di post-post akan datang, insyaallah).


Apakah yang kita dapat bayangkan jika kita mendengar khabar sebegitu? Tentunya terlintas difikiran kita wajah-wajah hodoh dan menjijikkan, bentuk tubuh badan yang tentunya tidak menarik serta meloyakan (pernah saksikan filen-filem allien?) dan perlakuan mereka pula semestinya amat menakutkan.Nota: Ada sebab tertentu kenapa filem-filem allien direka dan dipopularkan.

Bagaimana pula jika kita diberitahu bahawa makhluk ini cukup mempesonakan, segak dan jelita. Apa reaksi kita? Adakah kita akan percaya bahawa makhluk yang dikatakan "perosak" ini adalah manusia yang berwajah tampan dan bergaya, bijak dan glamour. Pastinya kita menggeleng-geleng kepala kerana tidak masuk akal.


Walaupun pada peringkat awalnya kita mengandaikan makhluk perosak ini adalah makhluk yang amat di geruni oleh seluruh manusia pada akhir zaman, namun hasil kajian para pemikir masa kini menemui fakta sebaliknya. Makhluk ini telah lama menguasai dunia dan sudah sekian lama pula melakukan pelbagai kerosakan yang dahsyat ke atas muka bumi tanpa kita sedari. Atas alasan kemodenan dan tamadun.


Mereka berada ditiap-tiap tempat yang tinggi (?) dan berduyun-duyun turun menguasai bukit dan lurah. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan tiap-tiap tempat ? Bermaksud semua, segenap tempat yang tinggi adalah milik mereka. Siapakah mereka yang bermukim di setiap tempat yang tinggi? Memang benar mereka berada di kedudukan yang tinggi ketika ini. Ketinggian yang dimaksudkan ialah kekuasaan ekonomi, meneraju pusat pendidikan tinggi, bernegara maju dan berpengaruh, ketinggian taraf hidup, menguasai teknologi dan kejuruteran yang hebat dan yang paling penting ialah mendapat pengiktirafan dan sanjungan penduduk dunia. Apa pula maksud "meluru turun"?

Malah mereka juga adalah super power. Amat gagah dan berkuasa, tiada siapa yang mampu menghalangnya. Sebenarnya mereka adalah pemangsa dan kita semua telah pun menjadi mangsa makhluk ini sejak zaman penjajahan. Selama ini kita gagal mengenali mereka atas sifat luaran mereka yang amat segak dan menawan, penuh gaya. Sehingga kita tidak terlintas bahawa hakikatnya merekalah makhluk perosak yang dimaksudkan dalam nas.


Saya percaya ada sesuatu yang disembunyikan dalam perkhabaran yang disampaikan kepada kita mengenai makhluk ini. Mungkin ia menjadi satu keperluan untuk menguji keimanan disamping membolehkan segala yang telah ditetapkan itu berlaku seadanya.


Jika manusia tahu dan kenal akan makhluk ini, ia tidak lagi menjadi ujian kepada mereka kerana masing-masing akan kembali kepada agama selepas tanda akhir zaman itu nyata. Itu merupakan hikmah kenapa hanya sedikit maklumat sahaja yang disampaikan. Sedikit pula hamba Allah yang menyedarinya. Amat sedikit yang terselamat kerana bukan mudah untuk menjaga iman pada masa fitnah menguasai seluruh kehidupan. Tidak salah jika kita terus berfikir untuk mengetahui rahsia ini kerana ia penting untuk kita melihat kebenaran disamping dapat menghidu kepalsuan. Tanpa kekuhuhan iman, manusia akan terjerumus ke dalam gaung yang amat licin dan curam, tentunya amat sukar untuk kembali lagi melainkan mendapat kurnia rahmat dan pertolongan dari Allah.
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam baraapi”. (Riwayat Tirmizi)
Kebanyakan manusia masih mendakwa mereka adalah orang beriman, sedangkan mereka telah menjadi hamba kepada makhluk perosak ini dengan menerima cara hidup, sistem pendidikan dan sistem pemerintahan yang mereka anjurkan (sekular).


Mendiamkan diri membisu seribu bahasa ketika melihat kerosakan agama yang berlaku di depan mata (kerosakan akhlak, sosial dan budi). Sekiranya kita tidak terasa menderita kepayahan, kepahitan dan kesakitan memelihara agama, adakah kita masih menganggap diri kita "orang beriman"?
Sayangnya para ulama solihin membawa diri ke gunung dan gua (menyisih diri) kerana tidak sanggup melihat kerosakan yang berlaku dan yang tinggal hanyalah ulama fasikin yang lantang menyokong sistem Yakjuj dan Makjuj ini (sistem Dajjal?).


Dalam kisah Zulkarnain ada dinyatakan makhluk ini telah dihalang oleh seorang raja yang soleh dan diredhai Allah dengan bembuat benteng (tembok) antara dua gunung. Yang jelasnya mereka berada di utara dunia dikawasan Rusia sekarang. Mereka tidak keluar dari lobang yang dikorek pada tembok tersebut tetapi turun dari "tiap-tiap tempat yang tinggi" . Inilah rahsia yang cuba hendak disampaikan oleh Allah SWT. Jika mereka boleh turun dari atas gunung, kenapa mereka perlu mengorek lubang? Adalah jelas, ia hanya bahasa kiasan yang memerlukan daya fikir dan kajian mendalam disamping mengharapkan hidayah dari Allah untuk merungkaikannya.

“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’:95-96

“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi,“Negeri” adalah Baitul-Maqdis,“Yakjuj dan Makjuj” adalah Yahudi (Khazars), dan“Meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Yakjuj dan Makjuj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.
dipetik dari artikel Imran Hosein.

Saya sependapat dengan Syeikh Imran Hosein dalam huraiannya mengenai "tempat-tempat yang tinggi" itu. Maksudnya ialah "kekuasaan", bukannya permukaan bumi. Mereka mempunyai kekuatan dan peralatan serta kepandaian dalam semua bidang (maksud kepada: tiap-tiap tempat) yang mana jauh lebih baik dari bangsa-bangsa lain. Melaluinya mereka menjelajah dan menjajah, menjarah dunia sesuka hati mereka. Ia didorong oleh "tekanan" kepada keperluan bahan mentah untuk industri-industri pembuatan dalam negara mereka, mengganas menyerang dan menawan negara-negara yang lebih lemah, segala hasil mahsul diangkut pulang ke negara asal. Merekalah makhluk yang melakukan banyak kerosakan di akhir zaman. Yakjuj dan Makjuj atau Gog and Land of Magog.

Bertebaranlah mereka diseluruh pelusuk bumi. Menyerang, membunuh dan merampas hasil bumi bangsa lain semahunya. Agak unik dan anih, mereka bangkit serentak melakukan kerosakan ini. Bangsa penjajah ini ialah kaum manusia yang menghuni utara dunia dari arah sebelah barat. Inilah maksud ayat di atas melalui perkataan "meluru turun".

Sebetulnya kesemua bangsa-bangsa di utara dunia ini adalah penakluk dan perampas hakmilik bangsa-bangsa yang lain. Melakukan penindasan dan pelbagai kezaliman. Siapakah sebenarnya mereka? Dari catatan sejarah, bangsa-bangsa ini ialah German, Perancis, Belanda, Italy, Inggeris, Sepanyol dan Russia. Sebelum mereka ini, bangsa monggol juga dari sebelah utara dunia telah mengganas, merompak dan memusnahkan kerajaan-kerajaan di selatan. Akhir sekali Russia menjajah benua tengah termasuk Khurasan sebuah penempatan Islam yang luas pada satu ketika dahulu. Dari keseluruhan kaum perosak ini, hanya bangsa Inggeris yang paling handal kerana berjaya menduduki bumi Amerika, Australia dan New Zealand sehingga ke hari ini - melakukan penghapusan etnik peribumi. Secara kebetulan pula, bangsa China dan Jepun juga dari utara dunia, mempunyai karektor yang hampir sama.

Mereka "meluru" secara berasingan, bersaing antara satu sama lain, berperang sesama mereka, tetapi mempunyai matlamat yang satu iaitu menawan dan merosakkan muka bumi ini. Agama bukanlah menjadi keutamaan lagi dan mereka berkiblatkan kepada kekayaan dan kuasa. Walaupun mereka berbeza bangsa dan negara, asalnya mereka dari rumpun yang satu iaitu berakar asal dari induk Yakjuj dan Makjuj, bangsa Khazars. Kaum inilah yang dihalang oleh Zulkarnain satu masa dulu. Bangsa khazars ini menyusup ke dalam semua bangsa-bangsa purba di Eropah (bercampur gaul sehingga hari kiamat) dan membiak sebagai masyarakat baru yang dipanggil Kesatuan Eropah pada hari ini. Bangsa Khazars inilah yang dibentengi oleh tembok Zulkarnain disebelah utara Georgia sekarang. Hampir semua pemimpin dan pembesar di Eropah ada kaitan darah dengan kaum ini.


Kaum Khazars ini bukanlah Bani Israel sepertimana yang kita faham selama ini. Mereka adalah kelompok yang berasingan dan tiada kaitan dengan bangsa Yahudi (keturunan Nabi Ishaq). Mereka mengambil agama Yahudi sebagai agama anutan bangsa mereka atas sebab politik semata-mata dengan andaian Islam di selatan dan Kristian di Barat tidak akan memusnahkan mereka kerana Yahudi adalah agama Nabi Musa yang diiktiraf oleh kedua-dua agama samawi itu. Mereka asalnya penganut Pagan yang tegar. Akhirnya mereka kembali kepada penyembahan pagan secara berselindung disebalik agama Yahudi. Mereka meninggalkan ajaran nabi Musa as dengan menjadikan kitab ciptaan mereka sendiri (Thalmud) sebagai "Kitab Suci". Disusuli dengan ajaran "zionis" yang memberi kelebihan dan keutamaan kepada kaum Yahudi sebagai bangsa pilihan tuhan. 90 peratus daripada Yahudi di dunia sekarang adalah Yahudi Khazars ini.

Ramai kalangan kaum bani Israel (keturunan nabi Ishaq dan Yakkob) di bunuh dan yang paling masyhur ialah peristiwa penghapusan Yahudi oleh Hitler (holocaust). Ia sebenarnya pembunuhan beramai-ramai itu dirancang dan diatur oleh Yahudi Khazars atau Zion ini untuk menghapuskan bani Ishaq (Yahudi sebenar). Kini mereka pula mengaku sebagai bani Israel (anak-anak Yaakob). Sikap dan perangai mereka sememangnya serasi dan seiring dengan watak jahat malah lebih jahat dari Bani Israel, bangsa yang di kutuk oleh Nabi-Nabi mereka sendiri kerana kejahatan dan kesombongan mereka. 


Dalam soal ini puak Khazars bimbang kekuasaan akan hilang dari mereka dan beralih ke tangan bani Ishaq, lagi pun kebanyakan orang Yahudi bani Ishaq ini tidak begitu bersetuju dengan dasar zionis yang diketengahkan oleh bangsa Khazars. Terutama kumpulan Yahudi orthodox,  Holocaust ini juga digunakan sebagai propaganda mereka untuk mendapat simpati dunia.  Hitler adalah keturunan dari Yahudi Khazars.  

Bangsa yang suka melakukan onar ini amat mementingkan diri dan kaumnya. Merekalah yang akan membantu (sedang berlaku sekarang) Dajjal kerana Dajjal juga adalah dari keturunan Yahudi dan mempunyai kuasa sihir yang hebat. Fitnah-fitnah mereka juga seiring dan senada dengan apa yang akan dibawakan oleh Dajjal. Adakah mereka ini bekerja untuk Dajjal sebelum Dajjal menzahirkan diri? Memang ada kebenarannya, mereka sedang menanti "raja" mereka yang terlaknat itu. Banyak bukti telah dikumpulkan oleh pengkaji phenomena akhir zaman dan dapat menunjukkan ianya adalah benar. Jika benar andaian ini, ia menunjukkan Dajjal sudah wujud dan hanya menanti saat yang ditetapkan untuk muncul.

Di Israel ketika ini usaha giat sedang dilakukan untuk menyiapkan kediaman Dajjal dan rumah ibadat mereka (sembahan syaitan). Masjidil Aqsa dan Masjid Saidina Omar akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan "temple" mereka. Pembinaan bangunan-bangunan ibadat yang hebat sehebat kepunyaan kerajaan Nabi Sulaiman as. satu ketika dahulu. Mereka impikan sebuah kerajaan besar yang akan mengambil alih peranan USA menguasai dunia. Berpusat di Jurusalem setaraf dengan kerajaan King David dan Solomon satu masa dahulu. Rumah ibadat utama dinamakan Solomon Temple di bukit Moriah dan juga akan menjadi istana Dajjal nanti.


Satu kebetulan pula ayat-ayat alQuran dalan Surah alKahfi kebanyakannya merujuk kepada perkara ghaib iaitu kisah ashabul kahfi, nabi Musa dan Khaidir, Padang Mahsyar, sikap kufur, perangai golongan Yakjuj dan Makjuj ini.

Kecenderungan mereka mencipta barangan menjadikan hati mereka "kusyuk" terhadap kerja mereka serta bersungguh-sungguh meneroka teknologi baru sehingga mereka tidak lagi mengingati Maha Pencipta (kufur).

Bayangan dan kiasan yang disampaikan oleh para rasul kepada manusia sebenarnya jelas, akan tetapi keupayaan akal manusia yang terhad ditambah pula sikap cintakan dunia menyebabkan manusia kebanyakannya gagal mengesan kehadiran makhluk ini. Tidak semudah itu manusia akan terlepas dari ujian dan hanya mereka yang benar-benar ikhlas dan jujur kepada diri sendiri sahaja yang bakal mendapat sinaran kebenaran. Selebihnya adalah gulungan yang terpedaya. Anihnya, makhluk itu sendiri pun tidak tahu bahawa merekalah sebenarnya makhluk perosak itu.

Rasulullah berpesan kepada setiap umatnya supaya sentiasa mengamalkan ayat-ayat surah alKahfi sebagai pelindung dari fitnah Dajjal. Walaupun tahu mengenai pesanan ini, ramai dikalangan Muslimin tidak berbuat demikian (seolah mengingkari arahan baginda) hanya kerana Dajjal belum muncul. Tiada siapa yang tahu bila Dajjal akan menzahirkan dirinya, tetapi kita harus ingat bahawa Rasulullah tidak pernah menyatakan fitnah Dajjal itu hanya akan tersebar selepas kemunculannnya.

Seperkara lagi yang tidak pernah terlintas difikiran ialah kenapa surah ini (alKahfi) dijadikan "doa" pelindung dari fitnah Dajjal padahal isi kandungan surah ini tidak menceritakan perihal Dajjal sebaliknya berkisar mengenai perbuatan zalim dan ingkar sebahagian makhluk Allah dan berita mengenai Yakjuj dan Makjuj (senonim dengan perangai dan perlakuan masyarakat barat). Ini adalah bukti kukuh bahawa makhluk yang bergelar Yakjud dan Makjud ini adalah bangsa Eropah yang diterajui kaum Khazars dan perkaitan rapat dengan kemunculan Dajjal.

hadits dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi berkata:

"Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal." (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)
Dari sini kita dapat meneroka lebih jauh teori ini. Semakin lama semakin jelas petunjuk dalam membuka rahsia berita ghaib ini. Sememangnya apa yang disebut dalam surah alKahfi adalah hal yang berkaitan dengan perbuatan makhluk perosak ini supaya dihindari oleh orang-orang yang beriman. Fitnah yang dibawa oleh Yakjuj dan Makjuj itu juga adalah fitnah Dajjal. Wujud keadaan yang menasabah dan meyakinkan bahawa Yakjuj dan Makjuj itu telah menyebarkan fitnah yang disebut Fitnah Dajjal itu. Perkhabaran mengenai Ashabul Kahfi juga merupakan petunjuk kearah itu. 


Ashabul kahfi adalah para pemuda yang beriman kepada Allah yang berada di dalam negeri syirik, mereka keluar dari negeri itu guna menyelamatkan aqidah lalu Allah mudahkan untuk mereka hingga menjumpai sebuah gua, mereka pun masuk ke dalamnya dan tertidur di dalamnya sampai waktu yang sangat panjang sekira tiga ratus sembilan tahun.
Dimanakah perkaitannya? Cuba kita renungkan kesah tersebut. 

Ia sama seperti keadaan kita sekarang apabila kerosakan telah berlaku dan banyaknya fitnah (TV, filem, akhbar, majallah, internet, iklan, hiburan, kospirasi illuminati, riba, kerosakam akhlak, hilangnya nur syahadah, pergaulan melebihi batas, mengingkari sunnah nabi, suka kepada perbuatan dan sumber haram, membenci orang alim, mempersenda agama, lalai leka, malas, suka keseronokan, hilangnya kasih kepada keluarga, rasuah, sex luar tabii, sex bebas, menyembah keduniaan, luput budi pekerti, tidak menghormati orang tua dan beratus-ratus lagi hal yang seumpama dengannya). Cuma keadaannya tidak serupa kerana penceritaan itu (surah alKahfi) berdasar pada satu zaman silam dimana tidak wujud bentuk kehidupan seperti sekarang. Kita juga dikerumuni oleh kuffar terutama makhluk yang sedang kita bincangkan ini. 

Tindakan mereka melarikan diri untuk menyelamatkan iman adalah satu tauladan kepada kita hari ini (untuk siapa yang berfikir). Jika kita ingin selamat jauhilah hati kita (tidur) dari menghampiri, melihat atau memikirkan hal-hal yang berunsur syirik dan haram. Insyaallah, Allah akan "tidurkan" kita dengan melekakan hati kita hanya padaNya. Saudara sudah nampak perkaitannya? Begitulah Allah menyuruh kita memikirkan setiap firmannya supaya kita tidak tersasar. Kerana itu banyak ayat-ayat yang mempunyai maksud: "beruntunglah kepada sesiapa yang berfikir" 

Manusia Yakjuj dan Makjuj ini sengaja mencipta dan mencerna fitnah untuk memberi kepuasan lahiriah mereka, malahan sering memberi gambaran buruk terhadap perkara yang baik dan benar, menyanjung tinggi kepalsuan. Pembohongan dan muslihat menjadi amalan bahkan ianya seperti suatu kemestian dalam kehidupan seharian mereka. "Kebahagian" ditafsirkan sebagai kehidupan mewah, bebas melakukan apa sahaja, dapat melepaskan diri hukum atau tidak terikat dengan peraturan. Kebahagiaan itu ia hanya akan dapat dicapai melalui keseronokan dan kepuasan.

Sementara itu, gulungan sahabat kepada makhluk ini telah dengan mudah diperdaya, mereka dengan senang hati mengiktiraf fahaman ini sebagai satu pemodenan dan peradaban dan akhirnya menjadi agama mereka tanpa mereka sedari. Dengan itu mereka akan terus tersesat di dalam hayalan dan pemikiran palsu. Bagi mencapai kepuasan hidup, mereka akan bersungguh-sungguh berusaha mengumpul sebanyak-banyak harta kekayaan agar dapat berhibur disana sini mencari keseronokan. Sanggup menghalalkan penipuan dan kezaliman kerananya. Hukum agama sering diperbahaskan untuk mempersetujui pandangan mereka.

Walaupun mereka asalnya bukan makhluk perosak yang sebenar, tetapi kini telah bersatu dan bersubahat menjayakan corak pemikiran dan budaya yang di imani oleh makhluk perosak berkenaan. Memuja dan memuji apa sahaja yang telah dilakukan oleh idola mereka. Sering meniru dan menggayakan cara hidup yang disangkakan moden dan mewah itu. Amat malang bagi mereka yang tidak bernasib baik, iaitu mereka yang gagal mencapai kekayaan walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh. Mereka menyalahkan nasib dan takdir atas kegagalan itu. Mereka juga ikut terpedaya hinggakan terpaksa melakukan tindakan agresif termasuk jenayah. Terjadilah persengketaan, permusuhan, marah serta dendam terhadap sebahagian yang lain iaitu golongan yang berada. Saling salah menyalahkan dan tuduh menuduh. Inilah racun "fitnah" seperti yang dimaksudkan oleh alQuran dan hadis.

Golongan "berada" hidup dalam keadaan serba mewah. Segolongan lagi hidup menderita (lihatlah keadaan rakyat negara Afrika). Mereka yang kaya raya itu sentiasa berfikir untuk menambah kekayaan mereka. Mengutamakan diri dan keluarga mereka semata dan tidak berminat untuk membantu orang yang tidak bernasib baik atau gulungan yang sengsara. Tergamak membiarkan manusia lain kelaparan dan mengemis hanya kerana terlalu sayang kepada harta benda mereka dan bimbang kekayaan mereka akan terhakis jika membantu. Sekiranya terpaksa juga menyumbang, perlulah diteliti "apa yang mereka akan dapat" sebagai balasan. Keikhlasan hanya bermain dihujung lidah tidak meresap kedalam hati. Zakat tentu sekali akan dihindari seberapa boleh kerana takut kepada kemiskinan yang bakal mengurangkan kepuasan dan keseronokan mereka.
Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".
Golongan miskin sering dihina dicaci dengan kata-kata tidak sopan seperti malas dan bodoh. Mereka tidak pernah rasa bersalah atas sikap tamak dan bakhil mereka itu. Malah merasa sakit hati dan cemburu pula bila melihat ada orang lain yang lebih mewah dari mereka. Hidup bagi mereka hanya dinilai dari segi kedudukan dan kebendaan.

Lihatlah kerosakan yang berlaku amatlah dahsyat. Hanya kerana terbawa-bawa cara hidup makhluk perosak itu. Ramai yang tidak sedar kemusnahan kemanusiaan yang mereka turut lakukan sebagai ikutan terhadap apa yang dibawa oleh idola mereka. Mereka juga adalah manusia dari kalangan Yakjuj dan Makjuj kerana mempunyai sifat yang sama iaitu merosakkan.
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demisejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab,“Siapa lagi kalau bukan mereka". (Riwayat Muslim)
Sebab itulah ia mempnyai dua nama tetapi bersamaan bentuk. Mereka ini bukan dua bangsa atau negara, sepertimana yang biasa difahami sebaliknya mereka terdiri dari dua golongan pemusnah. Yakjuj dan Makjuj. Makhluk perosak utama ialah Yakjuj atau Gog dalam kitab Injil dan Taurat. Sementara para pengikut atau yang bersubahat (pengamal ajaran mereka) dipanggil Makjuj atau Land of Magog. Dalam kitab lama ia tidak disebut Gog dan Magog tetapi Gog dan Land of Magog. Maksud Land of Magog ini lebih kepada menunjukkan golongan "rakyat" atau "pengikut" fahaman kumpulan Gog tadi.

Di dalam kitab suci alQuran hanya disebut sebagai makhluk perosak dan tidak dinyatakan samada mereka itu manusia atau bukan sehingga terjadi banyak perselisihan pandangan. Walau bagaimana pun perkataan "kaum" yang disebutkan alQuran itu adalah merujuk kepada sebilangan manusia. Disokong pula oleh satu hadis yang menyatakan bahawa mereka adalah 999 dari 1000 orang manusia penduduk bumi adalah Yakjuj dan Makjuj yang akan menjadi penghuni neraka. Bersesuaian pula dengan hadis yang lain menyebut999 dari 1000 anak cucu Adam akan menjadi ahli neraka dan hanya 1 sahaja yang berjaya memasuki syurga.

Dapat dilihat peranan Yakjuj atau "GOG" ini, mereka membina pelbagai rangkaian persatuan dan pertubuhan secara sulit untuk menjaga kepentingan mereka. Mereka menyusun strategi tanpa disedari oleh orang lain. Dari perlaksanaan rancangan tersebut lahirlah ramai "land of MAGOG" atau Makjuj. Hamba abdi mereka.

Untuk mengawal atur (MIND CONTROL) penganut agama nabi Isa as, MEREKA MERANCANG DAN MELAKSANAKAN KEROSAKAN AKIDAH dengan menokok tambah ajaran Rasul Allah itu dengan mengatakan "Allah itu mempunyai anak", sesuai dengan pegangan mereka (PAGAN - sembahan berhala, sihir dan iblis). Allah menyatakan bahawa, "bumi dan gunung ganang bergoncang mendengar dakwaan mereka itu". Betapa dahsyatnya kemungkaran yang mereka lakukan.

Firman Allah, surah alKahfi;
[102] Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.

Golongan makhluk perosak ini juga amat suka kepada ciptaan pelbagai barangan dan peralatan. Sentiasa berkerja keras mempercanggih ciptaan mereka sehinggalah akhirnya tersesat bertuhankan ciptaan mereka sendiri. Hidup mereka ditumpukan kepada usaha ini dan merekabentuk sesuatu yang baru untuk diniagakan. Mereka amat terpesona dengan kejayaan mereka itu dan membanggakannya kepada seluruh penghuni dunia. Fitnah inilah yang paling berjaya menjerat manusia.


Selanjutnya fahaman ini (dunia moden) menjadi ikutan sebahagian besar umat manusia setelah terpengaruh dan terpegun dengan kemajuan Sains dan Teknologi. Terjadilah mereka ini sebagai golongan 'perosak' juga bertepatan dengan hadis Rasulullah saw, "sesiapa yang mengikut mereka adalah tergolong dari kalangan mereka". Maka bertambahlah bilangan makhluk perosak yang akan menghuni neraka kerana mereka telah menyertai kumpulan Yakjuj dan Makjuj ini. 99.9 peratus penduduk dunia ini adalah manusia yang akan disiksa da akhirat, "999 dari 1000 manusia dimuka bumi ini adalah YAKJUJ DAN MAKJUJ", kata Rasulullah saw. Alangkah besarnya kerosakan ini, kerosakan akidah adalah kerosakan yang paling parah dan trajis, mengheret ramai manusia ke neraka. Allah awt telah berjanji menyediakan neraka untuk manusia Yakjuj dan Makjuj ini.

Mereka telah rosak (agamanya) dan cuba merosakkan orang lain pula melalui kepercayaan baru yang mereka anuti dipanggil: Sains dan Teknologi. Allah telah dikesampingkan, akhirnya wujudlah pula kaum baru iaitu gulungan atheis (tidak lagi mempercayai kewujudan tuhan) yang dipelopori oleh ahli sains Yahudi yang diagungkan, Charles Darwin.

CHARLES DARWIN

Surah alKahfi menceritakan perihal ini. Mereka terlalu bangga dengan kejayaan sains dan teknologi ciptaan mereka sehingga merasakan tuhan itu tidak wujud. Mereka berjaya kerana usaha dan kekuatan ilmu yang mereka miliki. 
Apakah orang-orang kafir mengira bahwa mereka dapat mengambil hamba-Ku sebagai pelindung selain Aku?… Katakan Apakah Kami beritahukan kepada kamu orang-orang yang paling rugi perbuatannya? (Yaitu) orang yang tersesat jalannya dalam kehidupan dunia, dan mereka mengira bahwa mereka adalah orang yang mempunyai keahlian dalam membuat barang-barang.” (18: 102-104).
Kumpulan yang ekstrim dikalangan mereka telah menubuhkan kesatuan komunis dan berjaya menyesatkan lebih ramai manusia yang berada dibawah kekuasaan mereka. Beberapa negara masih lagi kekal dengan dasar dari doktrin komunisnya seperti Russia, China dan Cuba. Karl Marx (pengasas fahaman sosialis komunis) dan Lenin juga orang Yahudi Khazars.

Karl Marx


Terdapat sedikit keganjilan, kenapa perihal Dajjal hanya ada dalam hadis-hadis Rasulullah saw sahaja, tidak disebut di dalam alQuran. Mengenai Yakjuj dan Makjuj pula hanya disentuh 2 kali sahaja. Tentu sahaja ada perkaitan yang rapat antara keduanya, Dajjal dan makhluk perosak ini kerana kedua-duanya muncul pada akhir zaman dan kedua-duanya menjalankan muslihat dan tipudaya yang merosakkan.

Dajjal menjadi perancang kejahatan sekala maksima bersadur falsafah dan idologi untuk memalingkan keyakinan manusia dan memperakui dia adalah tuhan. Sementara makhluk perosak ini pula memusnahkan apa sahaja yang ada terutama melaksana apa yang dirancang oleh Dajjal (agen pelaksana). Tidak syak lagi, merekalah pembantu Dajjal, menjadi pekerja setia dan wakil Dajjal menyesatkan seramai mungkin umat manusia.

Manusia akan tertipu dengan FITNAH akhir zaman. Bilamana Dajjal menjanjikan kesenangan hidup, pastinya manusia yang telah terpedaya ini akan menurut sahaja apa yang diperintahkan, termasuk mengaku bahawa Dajjal itu adalah tuhan.

Sesuai dengan beberapa keterangan dari hadis Rasulullah bahawa Yakjuj dan Makjuj ini akan dihapuskan oleh Allah sendiri atas perkenan doa nabi Isa as. Mereka terlalu ramai, 99.9% penduduk bumi akan dihapuskan setelah kematian Dajjal. Selepas itu, 0.1% sahaja manusia yang tinggal, mereka ini adalah orang yang taat dan patuh kepada Allah swt. Manusia beriman. Dunia akan dipenuhi keberkatan, dilimpahi rezeki, dipenuhi keadilan dan semua manusia ketika itu hidup dalam aman dan sentosa.

Pada waktu itu, penduduk dunia hanyalah sekitar 7 juta orang sahaja atau mungkin kurang dari jumlah tersebut. Kiraan dibuat perdasarkan perangkaan yang ada pada hari ini,(tahun 2010) jumlah penduduk dunia dianggarkan sebanyak 6 hingga 7 billion orang. Kadar pertambahan yang direkodkan ialah melebihi 2.0% setahun (lebih kurang 160 juta). Jika kita ambil kiraan dari perangkaan ini, bilangan penduduk bumi selepas era Imam Mahadi hanyalah 7 juta orang sahaja. (0.1% dari jumlah 7 billion). Ini hanya anggaran berdasarkan hadis di atas. Perlu diingat tentera yang berjuang bersama Imam Mahadi yang terselamat hanyalah satu pertiga sahaja. Satu pertiga menjadi kafir dan satu pertiga lagi syahid termasuk PEMUDA BANI TAMIM, pemimpin tentera Imam Mahadi yang gagah perkasa berhati sekental besi dan tidak pernah dikalahkan..

KEROSAKAN TERDEKAT BAKAL BERLAKU

Kerosakan menyeluruh akan berlaku sedikit masa lagi, bukan sahaja gunung akan runtuh, bahkan segalanya musnah. Peperangan sesama mereka pastinya menghancurkan sebahagian besar permukaan bumi. Penduduk bumi juga akan berkurangan kerana kesan peperangan yang dahsyat. Ada pendapat penganalisa Barat bahawa peperangan dunia III pasti meletus pada tahun 2012 nanti (antara Yakjuj Makjuj - USA dan sekutuinya NATO dengan saingannya yang diketuai oleh Russia).

"When the order comes, the sub shoots a 65-ton Trident II ballistic missile into the sky. Within 2 minutes, the missile is traveling at more than 20,000 ft. per second. Up and over the oceans and out of the atmosphere it soars for thousands of miles. At the top of its parabola, hanging in space, the Trident’s four warheads separate and begin their screaming descent down toward the planet. Traveling as fast as 13,000 mph, the warheads are filled with scored tungsten rods with twice the strength of steel. Just above the target, the warheads detonate, showering the area with thousands of rods-each one up to 12 times as destructive as a .50-caliber bullet. Anything within 3000 sq. ft. of this whirling, metallic storm is obliterated."
Sabda Rasulullah SAW: "Belum lagi terjadi kiamat sehingga bumi ini dipenuhi kezaliman dan permusuhan. Kemudian lahirlah daripada keturunanku atau keluargaku orang yang memenuhi dunia dengan keadilan dan kedamaian. Dunia dipenuhi keadilan sepertimana ia dipenuhi kezaliman dan permusuhan sebelumnya." (Riwayat Ahmad).

Pada waktu itu, penduduk dunia hanyalah sekitar 7 juta orang sahaja atau mungkin kurang dari jumlah tersebut. Kiraan dibuat perdasarkan perangkaan yang ada pada hari ini,(tahun 2010) jumlah penduduk dunia.

Sekiranya Yakjuj dan Makjuj keluar selepas era Imam Mahadi seperti yang ramai orang faham, ia tidak seiring atau bertentangan dengan maksud hadis di atas. Huru hara dan kerosakan berlaku sebelum kebangkitan Imam Mahadi bukan selepasnya. Dibawah pemerintahan kerajaannya akan berlaku keadilan menyeluruh dan kesaksamaan sepenuhnya dan diikuti oleh zaman pemerintahan Nabi Isa as.

Dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim, bahawa Nabi saw bersabda:

“Telah mulai terbuka hari ini dari dinding YAKJUJ DAN MAKJUJ sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk. (HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).


Hadis ini pula memberi gambaran bahawa kaum Yakjuj Makjuj sudah berjaya menembusi tembok tersebut semasa hayat baginda lagi. Kini sudah lebih 1400 tahun berlalu dan dapatlah dibayangkan dalam tempoh itu sejauh mana lobang itu telah berjaya dipecahkan.

Jika masih belum dipecahkan lagi seperti mana andaian klasik, tidak mustahil tembok itu masih wujud dan mustahil pula ia tidak dapat dikesan . Tentulah tembok Zulkatnain itu telah ditemui memandangkan kecanggihan teknologi hari ini. Google map pun sudah boleh digunakan untuk mengesannya dari setelit.


MEREKA MENGUASAI DUNIA

Kini terbuka rahsia bagaimana mereka menguasai segalanya di dunia ini. Ia bermula selepas tembok Zulkarnain musnah atas izin Allah. Ternyata manusia zaman ini telah dirosakkan oleh tangan hitam Yakjuj dan Makjuj. Bukankah mereka itu "makhluk perosak"?

Amat jelas bangsa yang berasal disebalik gunung ini membuat keonaran yang tidak terkira banyaknya. Mereka merosakkan segalanya. Umat Islam dikira beruntung kerana telah dimaklumkan mengenainya oleh Allah dan rasulNya, walaupun hanya sedikit perkhabaran, ia amat berguna bagi kita membuat kajian dan analisa. Sayangnya ramai diantara orang Islam masih belum menyedarinya dan terleka pula dengan agenda yang diaturkan oleh "perosak" ini. Kerana itu ia dinamakan "FITNAH", penyelewengan kebenaran (fakta) dan berita palsu.

Dikalangan bangsa mereka sendiri ada sebilangan manusia yang menyedari permainan dan perbuatan pelaksana agenda tersembunyi, namun apa yang dapat dilakukan? Mereka telah terkeliru dan terjebak, malahan agama mereka sendiri yang dipesongkan tidak mereka sedari. Kerosakan sudah menyeluruh disegenap tempat (bukit dan lurah) menunggu sentuhan terakhir oleh Dajjal Laknatullah. Contohnya saya bawa petikan tulisan GWW Bach mengenai kerja-kerja golongan atasan kaum perosak ini (kini dikenali sebagai Illuminati).

Perhatikan fenomena terkini yang telah dinukilkan oleh para pengkaji "protolol Zionis" dan Illuminati. Sebahagian besar para pengkaji ini bukan beragama Islam. Fenomena ini semakin hari semakin jelas dan bertepatan dengan gejala yang kita hadapi sekarang.


21 Hidden Secrets of the Illuminati By ggw_bach

To celebrate Angels and Demons (dan brown’s latest film), I play a little devil’s advocate here. After all, the Illuminati CONTROL EVERYTHING, don’t they?






1. they control the media - yep, cnn, bbc, fox news, printed pages. Everything
2. they control banking - yep, and deliberately crashed their own financial system. Out of the chaos, a new world order.
3. they control medicine. with pharmaceuticals they pollute and corrupt your body. They already own your mind.
4. they control politicians - Both sides of the political game; both left and right, liberal and conservative. in every country
5. they control lawmakers / judges – everyone has had their youthful indiscretions. Sometimes blackmail / sexual incidents are deliberately set up. Everyone is under their thumb.
6. they control technology - ever since Roswell, we have been on a technological ascent. With harvested alien / ufo technology (back-engineered) we have reached our current technological peak. Companies such as GE were beneficiaries of seeded research.
7. they control weather – using HAARP technology they can cause / manipulate the seasons & hurricanes. Think Katrina.
8. they control frequencies - it has been said that mobile phone frequencies attune with the human mind, and distort / corrupt it. Deliberate?
9. the control food – using GM technologies, our food is being degraded of precious life. In the pursuit of ever bigger harvests, we end up with emptier foods.
10. they control life – a birth certificate says you have been born, a death certificate marks your passage from this physical world. Without this ‘official’ stamp, it hasn’t ‘happened’.
11. they control religion - Christianity is the biggest faith on the planet, and the biggest of the big, is the Vatican. The Pope (apparently) is an Illuminati agent.
12. they control knowledge – universities are the gatekeepers of cutting edge research. Using carefully directed funds & research grants, knowledge is steered in a certain direction.
13. they control the military – the whole army industrial complex or weaponised might is powered by Black Ops projects. Underground bases.
14. they control the drug trade – the borders are safe, what gets through is totally permitted. the cia is in on drug running, and even organises the whole racket.
15. they control education - you can only make correct decisions with correct information. Education sees to it that you receive the wrong / irrelevant data.
16. they control the counter - movement: think the 60’s was all about rebellion? it was co-opted. Think Alex Jones tells the truth? where does he get funded?
17. they control space – all the images we get from nasa … have been airbrushed and tampered with. Bases on the moon, ruins on mars.
18. they control celebrities – Britney Spears and Anna Nicole Smith? mind controlled sex slaves.
19. they control the future – everything has been building up to 2012. Wait to see the big event! A cosmic slideshow!
20. they control … YOU! ... yes! ... all of YOU!


21. THEY CONTROL



EVERYTHING!!!

Comments

Popular Post

Gynecomastia: Pembedahan Jalan Terakhir

Catatan Zainal Al-Johan Bangsa Melayu Teragung