Maharaja Akedemi Fantasia Pulak Selepas Ini



BANYAK sungguh perancangan Astro sekarang. Memang tak menang tangan dengarnya seluruh tenaga kerja di stesen televisyen satelit itu. Satu persatu program dirancang dan yang terbaru, Maharaja Lawak bukan hanya mencapai matlamat mencungkil pelawak berpotensi malah mempunyai pengikut tegar.

Dalam kesibukan mengatur strategi dan persiapan peringkat akhir Maharaja Lawak yang akan berlangsung pada hujung minggu ini, dengarnya Astro bakal tampil dengan sebuah rancangan realiti baru yang seakan Maharaja Lawak. Teruja sungguh Cik Normah  iyalah kali ini dengarnya mereka bakal menghimpunkan juara-juara daripada rancangan Akademi Fantasia (AF) bermula dengan Vince hinggalah Hazama yang juga pemenang AF9. Kiranya jika benar khabar itu, memang Cik Normah boleh menjangkakan sambutannya. Tentu saja penonton yang membesar dengan AF terutama ketika fenomena Mawi mahu menyaksikan siapa di antara juara AF yang menyengat. Selain Vince, Hazama dan Mawi, juara AF musim terdahulu ialah Zahid, Mila, Hafiz, Faizal, Stacy dan Shahir.

Mesti meletop pentas AF nanti. Agak-agak apalah nama yang mahu Astro letakkan untuk program realiti yang menggabungkan juara-juara itu. Kalau Raja Lawak menjadi Maharaja Lawak, Akademi Fantasia pula mesti lebih gempak namanya.

Bukan itu saja, tentu tawaran hadiah lebih lumayan. Bagi Cik Normah, jika menjadi pelan berkenaan hasrat Astro mahu Akademi Fantasia meninggalkan kenangan terindah kepada penonton hanya dapat direalisasikan menerusi program baru itu.

Apa pun Cik Normah dan rakan-rakan lain akan bersabar menanti detiknya. Dijangka pengumuman mengenainya akan diadakan dalam tempoh terdekat. Barangkali selepas Maharaja Lawak berakhir atau ia bakal menjadi program perancangan mega Astro untuk 2011. Kita nantikan saja dan buat semua juara-juara AF, anda sudah bersedia?



from b.harian

Comments

Popular Post

Gynecomastia: Pembedahan Jalan Terakhir

Catatan Zainal Al-Johan Bangsa Melayu Teragung

Gambaran Yakjud & Makjud