kemalangan di gerik, semuanya sedara ku

Tiga cedera kenderaan terbabas

GERIK – Tiga cedera apabila sebuah kereta jenis Naza Suria yang dinaiki mereka terbabas dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer 61.5 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, semalam.

Pada kejadian itu, pemandu kereta berkenaan Mohd Tarmizi Abdullah, 46, berasal dari Kampung Becah, Kendong, Pasir Mas, Kelantan bersama lima penumpang lain iaitu Hanafiah Raslan Mohd Tarmizi, 15, Asrul Hasni Mohd Tarmizi, 9, Ahmad Sufian Abdullah, 23, Nik Azmi Nik Mahmud, 36 dan Asraf Husaini Mohd Tarmizi, 13.

Tarmizi bersama dua anaknya, Hanafiah Raslan Mohd Tarmizi, 15 serta Asrul Hasni Mohd Tarmizi, 9 mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Gerik untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Mahad Noor Abdullah, berkata, kesemua mangsa mengalami cedera ringan dan kini ditempatkan di wad di Hospital Gerik.

“Mohd Tarmizi mengalami patah empat batang tulang rusuk sebelah kiri, sementara Hanafiah Raslan patah paha kiri dan Asrul Hasni pula patah tangan kiri.

“Tiga lagi penumpang kenderaan itu, Ahmad Sufian Abdullah, 23, Nik Azmi Nik Mahmud, 36 dan Asraf Husaini Mohd Tarmizi, 13 hanya mengalami calar-calar pada bahagian badan,” katanya.

Mahad Noor berkata, kemalangan terbabit berlaku lebih kurang jam 1.20 pagi dan pihak polis dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik telah berkejar ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan.

Beliau memaklumkan, semasa polis sampai di tempat kejadian, mangsa telah dikeluarkan daripada kereta berkenaan dengan bantuan orang ramai.

“Kereta itu dipercayai sedang menuju dari arah Jeli ke Gerik dengan tujuan mengambil barang salah seorang anak mangsa, Saerah Mohd Tarmizi, di rumah sewanya yang terletak di Bagan Serai.

“Melalui siasatan awal yang dijalankan di tempat kejadian, punca kemalangan dipercayai disebabkan kecuaian pemandu yang tidak dapat mengawal kenderaannya setelah mengambil selekoh berhampiran,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, dipercayai kereta itu terbabas ke sebelah kanan setelah mengambil selekoh berhampiran tempat kejadian dan bergesel dengan penghadang jalan.

Menurutnya, selepas bergesel dengan penghadang jalan ia dipercayai berpusing dan masuk ke dalam longkang di sebelah kiri jalan yang menghala ke arah Gerik.

Beliau menasihati agar pemandu dan pengguna jalan raya di sekitar Hulu Perak, terutama di JRTB Gerik-Jeli agar tidak memandu terlalu laju serta lebih menghargai nyawa masing-masing.

“Saya telah banyak kali membangkitkan soal ini kepada pemandu dan pengguna jalan raya lain agar memandu lebih berhati-hati, tidak terlalu laju, tidak mengikut perasaan dan paling penting, lebih menghargai nyawa masing-masing.

“Namun dapat kita lihat bahawa, sikap pemandu di negara ini tidak pernah berubah semenjak dahulu lagi dan keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada IPD Gerik, terutama apabila ia membabitkan pemandu-dari luar Hulu Perak yang tidak mahir dengan keadaan jalan di sini,” katanya.

Comments

Popular Post

Gynecomastia: Pembedahan Jalan Terakhir

Catatan Zainal Al-Johan Bangsa Melayu Teragung

Gambaran Yakjud & Makjud