KB Central Pusat Segalanya


Dua pengunjung melihat model pangsapuri dan Tune Hotels di bilik pameran pada Majlis Pecah Tanah di Jalan Hamzah, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 21 Jan. - Pengendali hotel bajet yang menawarkan perkhidmatan bertaraf lima bintang, Tune Hotels.com melabur sebanyak RM20 juta untuk melebarkan sayap perniagaan mereka di sini.
Rangkaian pertama hotel berkenaan di Pantai Timur akan dibina bersebelahan kompleks beli belah KB Mall yang menjanjikan peluang perniagaan terbaik.
Ketua Eksekutif Kumpulan Tune Hotels.com, Mark Lankester berkata, pemilihan lokasi di tapak seluas kira-kira 0.3 hektar itu adalah paling strategik kerana kedudukannya di pusat bandar dan menjadi tumpuan umum.
Menurut beliau, hotel setinggi 10 tingkat yang mempunyai 150 bilik, akan menempatkan beberapa lot kedai itu dibina berdasarkan keunikan seni bina Islam di negeri ini.
"Terdapat terlalu banyak keunikan di sini untuk dipromosikan terutama kepada pelancong serta rakyat Kelantan yang tinggal di luar negeri.
"Ini adalah lokasi strategik yang kami pilih sebagai permulaan untuk meluaskan lagi empayar perniagaan kami di Wilayah Pantai Timur," kata Lankester ketika ditemui pada majlis pecah tanah di sini hari ini.
Upacara pecah tanah projek itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Tune Hotel.com merupakan syarikat perhotelan yang bertapak di negara ini sejak beberapa tahun lepas dengan tawaran harga rendah walaupun perkhidmatan yang disediakan bertaraf lima bintang.
Syarikat yang mempunyai kerjasama dengan syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia ini juga telah membuka cawangan barunya Indonesia.
Lankester berkata, Tune Hotel.com setakat ini mempunyai tujuh buah hotel yang telah beroperasi sepenuhnya di seluruh negara manakala 87 lagi sedang giat dibangunkan.
Ujarnya, melalui pelaburan yang dibuat beberapa tahun lepas, pihaknya yakin dapat memulakan operasi sehingga 20 buah hotel menjelang akhir tahun ini.
"Kami begitu agresif dalam memperluaskan operasi dengan mensasarkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 100 buah hotel menjelang 2015.
"Seperti AirAsia, kita perlu memperluaskan operasi syarikat termasuk menjadikannya sebagai jenama global dengan beberapa lagi akan dibuka di London, Phuket dan Koh Samui," katanya.
Selain itu, KB Central juga akan menempatkan Terminal Bas Kota Bharu dan juga apartment.lokasi yang strategik akan memangkin pembangunan negeri kelantan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Comments

Popular Post

Gynecomastia: Pembedahan Jalan Terakhir

Catatan Zainal Al-Johan Bangsa Melayu Teragung

Gambaran Yakjud & Makjud