Hematuria dan Batu Karang

Asalamualaikum semua,

Setelah sekian lama aku menyepi dari arena blogging ni adalah kerana aku terlalu sibuk dengan kerja-kerja duniawi sehingga aku lupa akan blog aku ni.

Sedikit update, sejak dari tahun 2016 aku telah menghidapi penyakit batu karang dan ia disertakan sekali dengan darah (which in medical term call as Hematuria). Korg boleh google tengak apa itu hematuria, dalam bahasa mudah ia sebenarnya adalah kencing berdarah yang biasa korg kencing warna kuning cair or kuning pekat klau kurang air, tapi ni lain sedikit sebab dia akan keluar warna coklat atau macam air teh yang gelap dan pekat, ada jugak kemerah-merahan.

Sebenarnya aku rasa takut jugak dengan sakit ni sebab dia main dengan organ utama badan, klau ko tak ada tangan, ko masih boleh hidup normal cuba kurang upaya, tapi klau ko tak ada organ dalaman... hidup dah macam tak normal sebab kena berbantuankan alat untuk teruskan hidup. Aku ada jugak baca articles tentang Hematuria ni dan aku agak terkejut and risau. Hematuria ni boleh jadi sebab batu karang, urinary tract infection, dan maybe.... kanser buah pinggang atau pundi kencing. Yang part ni aku paling takut, dalam family aku, aku sorang jer ada macam-macam penyakit. Andai kata umur aku pendek, at least aku dah beli siap-siap insuran untuk keluarga aku.

Sejak dari kejadian itu, sakit ini kian berulang ulang sampai dah penat masuk hospital kena cucuk sana sini. Lepas ok dia akan jadi balik selepas beberapa bulan. Pada bulan 8 tahun lepas iaitu 2018 aku adalah try pergi jumpa pakar kt UMSC (University Malaya Specialist Centre) tapi aku ase macam pelik sedikit dengan cara treatment kat sini sebab dia tak ada buat blood test or apa-apa kat aku just macam jumpa doktor sekadar untuk consult then dia bagi ubat dengan bill. Sekarang penyakit tu dah jadi balik so aku rasa aku nak try pergi hospital swasta lain.

Tanggal hari ni 5 februari 2019 iaitu tahun baru cina, aku dah stop makan daging, kacang or any other food that contain high purine atau uric acid tinggi sebab nak jaga intake makanan. Tetiba, aku kencing berdarah, tak ada rasa sakit atau apa-apa, disebabkan aku ada record dengan UMSC aku try la call UMSC untuk set appointment maybe esok, apakan daya hospital pun tutup kerana raya cina. Dah la masa last appointment aku ngan UMSC aku try nak set appointment tak boleh sebab alasan schedule doktor masih belum available so suruh aku call balik next year (tahun lepas last appointment). Rini kencing aje kuar darah tapi belum lagi rasa sakit, aku dah sampai leh hafal dah simptopn dia macamana, lepas beberapa jam kuar darah aku akan start la sakit, aku tak tahu ada berapa biji batu karang ada dalam buah pinggang aku, nak cakap tak keluar dah hampir 10 biji kuar dari saluran kencing aku. Sakit dia Ya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu.

Hari ni Hari Raya Cina, so hospital tutup, last resort aku klau aku sakit.... aku terpaksa pergi klinik kesihatan untuk ambik shot painkiller, itu aje yang dapat membantu aku untuk mengharungi hari seterusnya.


Sekian.

Comments

  1. 10biji keluar? Kencing berdarah lagi? Saya dua bulan alami batu karang, ada sebiji di pundi kencing. Ubat potassium citrate, cuka epal, lemon, semua dah minum. Masih tak keluar batu karang sebiji tu. Apa boleh buat, terus amal minum semua tu selagi tak keluar batu karang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Post

Gynecomastia: Pembedahan Jalan Terakhir

Catatan Zainal Al-Johan Bangsa Melayu Teragung

Gambaran Yakjud & Makjud