Kero Only Make Them Feel Wrost

Hari ini are the worst the of my life... I think,.. Kero hari ini sebenarnya cuba ingin menghiburkan hati kerana sejak kebelakangan ini kero tak rasa yang hidup kero seindah dulu lagi , sekian hari makin terasa bermacam macam dugaan yang melanda dan salah satu cara yang kero selalu lakukan adalah dengan menghiburkan hati ini tetapi seem cara kero nak menghiburkan hati ini ternyata bukan semua orang boleh diterima. sejak dulu ini lah cara kero nak menyorok atau melupakan perasaan hati yang kurang senang, tetapi kali ini memang ada orang tak dapat terima dan kero is the one will be blame. kero sendiri tak dapat faham kenapa keadaan macam ini berlaku sedangkan apa yang kero buat bukanlah sesuatu yang seperti mengejek atau mempermainkannya. apa yang berlaku hari ini ternyata cukup buat hati perasaan kero jadi lebih teruk , sudah beberapa hari depression melanda diri ini, sampai kero sendiri pon tidak mengerti kenapa kero berasa begini. ia nya seperti dalam otak kero seperti terdengar2 aje suara suara yang tidak menyenangkan mengata sesuatu kepada kero.. kero cuba nak get rid of those thing tapi when kero try.... it will make kero jadi lebih worst

satu ketika dulu, kalau kero ase susah hati .. kero akan contact mak kero dah luahkan kepada dia kerana dialah orang yang memahami kero lebih dari sesiapa tapi sejak dia tiada kero hanya mampu pendam sendirian dan cuba untuk menghilangkan rasa susah hati sendiri. the thing is , it is not easy as I thought. sekarang kalau kero dalam kesusahan kero akan cuba berdoa kepada Allah S.W.T. pada saat itu lah datang segala memori semasa kero dalam kesusahan  dan bagaimana cara yang kero selalu lakukan. sesungguhnya dia sememangnya a good listener terhadap apa yang kero rasa.

petang tadi kero hanya cuba untuk bergurau sahaja dengan seorang rakan kero, kero tidak buat apa-apa pun terhadap dia dan hanya memanggil dia dengan nama... dan nama itu sememangnya nama dia , dalam pada itu tiada langsung niat nak mengejek.... hanya menyebut nama sahaja.. Ya Allah.... tolonglah tunjukkan padaku apakah salahku, adakah salah diriku ini memanggilnya...lepas daripada itu, kero cuba nak explain pada dia yang kero saja saja mahu nergurau dengannya tetapi dia membuat pandangan seperti ingin menunjukan bahawa kero telah membuat sesuatu yang telah meyakitkan hatinya... perkara ini sememangnya membuat kero berasa terkejut teramat sangat. even sehingga nak balik kero cuba ingin menjelaskan situasi tetapi tidak diendahkan juga...dia membuat seperti kewujudan kero tidak wujud di situ. betapa luluhnya hati kero terasa sangat sangat, rakan rakan lain berbuat seperti itu kepadanya seperti tiada apa pun dia reflek tetapi pada saat kero buat begitu padanya dia membalas kero begini. hati kero bertambah luluh lagi bila nak masuk lift, lift terbuka dan kero berada di dalam, semua pun tidak sudi untuk masuk... Allahuakbar... sampai begitu sekali dugaan Mu terhadapku.

setibanya di KSJ, kero secara tiba tiba terasa seperti otak kero kosong, dan tidak mengerti siapakah diri ini, kero tertanya tanya , apakah yang saya telah buat? apakah salah kero ? sehinggalah kero mempersoalkan ... adakah ini diri kero? siapakah diri kero sebenarnya?  seperti kero tidak sedarkan diri... setibanya balik ke bilik, tiba tiba terbayang bayang bayangan menyuruh kero menamatkan hidup ini , secara tidak sedar pisau sudah berada di tangan dan sedang ingin cut nadi.... kero pun terkejut , apa yang kero telah buat nih.... astaufirugrah..... cepat cepat kero solat.... sesudah solat, secara tiba tiba air mata kero mengalir sendiri semasa sedang berdoa kepada yang Esa... begitu banyak dosa kero telah lakukan... mungkin salah kero .. kero telah menyebabkan dia terasa... segala pemikiran kero pada ketika itu adalah ingin cepat cepat pergi...buat apa lagi hidup di dunia ini kalau asyik membuat orang lain marah dan terasa... kero sepatutnya tidak wujud

mulai saat ini, kero tidak lagi akan bergurau dengannya.... kero tidak akan lagi memanggil namanya... apa yang keluar dari mulut kero semuanya cacian baginya, kero tidak mahu kembali ke masa hitam kero dulu tetapi seperti keadaan seperti memaksa kero untuk kembali.... kero ingin kan masa masa sperti di Kmph satu ketia dulu, rakan rakan sangat sporting dan hampir setiap malam kami akan bergelak tawa sambil membuat kerja bersama sama, tapi keadaan sekarang sudah berubah, kero dipandang rendah, diejek , dan kero juga terasa diri ini hina dari sudut pandangan mereka, mereka hanya layan kero sekadar untuk membuat kero berasa ok sahaja. apakah daya kero, kero tidak memahami apa rasa hati mereka, kero seorang manusia yang lemah dan tidak reti cara mereka bergaul, even kero juga berasa seperti kero sekarang ini hanya berada dalam dunia kero sahaja, kero tak mampu untuk menembusi dunia mereka yang jauh berbeza, mereka semua dari golongan pandai pandai dan hebat, kero pula hanya lah manusia yang tiada apa apa kepentingan bagi mereka, apa yang kero nyatakan disini makin jelas apabila berbagai bagai aktiviti mereka lakukan ... kero tidak pun dijemput untuk menyertai mereka. kero selalu ditinggalkan keseorangan, tapi bagi kero itu semua tidak mengapa kerana itu hak mereka, kero tidak boleh mencampuri  urusan mereka. apa yang kero ingin lakukan adalah untuk membuat orang di sekeliling kero gembira, tetapi keadaan di universiti ini ternyata amat berbeza, kero telah gagal.

jadi sekarang kero terasa amat malu dengan diri sendiri, sehingga kero akan cuba mengelak dari mereka kerana kero risau kero akan membuatkan mereka kurang senang dengan kehadiran kero, jadi kero rasa kero patut mengasingkan kero dari mereka supaya mereka lebih merasa happy. andai kata ada rakan kero yang membaca ini, kero ini meminta maaf teramat sangat atas segala kesalahan kero dan apa yang kero telah lakukan , semoga korang lebih rasa senang hati tanpa kehadiran kero.

kero only make them feel wrost

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Thank You and I have a dandy present: How Much Full House Renovation Cost brick house exterior makeover

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Post

Gynecomastia: Pembedahan Jalan Terakhir

Catatan Zainal Al-Johan Bangsa Melayu Teragung

Gambaran Yakjud & Makjud