5 Sikap Wanita Yang Tidak Disukai Lelaki
Ada
sesetengah perkara sebenarnya langsung tidak menarik perhatian lelaki.
Mungkin ada wanita yang sedar atau tidak mengenai perkara ini. Antara
perkara utama yang tidak menarik perhatian lelaki adalah..
Wanita yang terdesak-
Lelaki sebenarnya tidak tertarik terhadap wanita yang kelihatan
terdesak dalam mencari pasangan. Ini hanya akan meningkatkan lagi ego
mereka sahaja. Tidak salah untuk seseorang wanita berusaha memulakan
dahulu perhubungan tetapi pastikan bahawa anda tidak kelihatan didalam
keadaan yang terdesak.
Wanita yang tidak berhenti bercakap-
Sekiranya anda sememangnya seorang yang suka bercerita, tiada masalah
untuk meluahkan apa yang telah anda lalui terhadap pasangan. Tetapi
pastikan anda bercerita pada masa dan situasi yang bersesuaian.
Sekiranya tidak, ia hanya akan merungsingkan lelaki sahaja.
Tidak pandai menjaga kebersihan-
Seorang wanita mungkin boleh menerima lelaki yang tidak pandai menjaga
kebersihan, tetapi malangnya ia tidak untuk lelaki. Ini kerana soal
kebersihan atau kecantikan lebih sinonim terhadap wanita.
Postur tubuh yang bongkok-
Tahukah anda bahawa kebanyakan lelaki menggemari wanita yang memakai
kasut bertumit tinggi. Apakah yang menyebabkan mereka menggemarinya? Ini
kerana apabila wanita memakai kasut tumit tinggi akan menyebabkan
postur tubuh mereka lebih menarik dan mengelakkan daripada membongkok.
Comments
Post a Comment