Apa Salah Aku?

Asalamualaikum semua, dah lama akku tak menulis bab-bab personal nih maklumlah aku nih suka pendam aje kalau aku ade pape masalah, kali nih aku memang rasa sukar nk pendam , aku inginkan seseorang untuk diluahkan, kalau dulu orang yang aku selalu luahkan adalah orang yang plaing aku sayang iaitu Ibu aku tapi sekarang dia dah tak ada jadi aku dah tak tahu nak luah kat sapa lagi kat atas muka bumi ini, nk luah kat adik beradik pun diorang mamcam tak berapa memahami aku pun hanya mak aku aja yang memahami aku. manakala kawan-kawan pula, ku tak berapa sangat nak luah apa-apa sebab mereka tidak ambil serius pun pasal aku apa yang merka tahuhanyalah apa yang aku cakap adalah sesuatu yang kelakar bagi mereka start dari itu aku dah jadi malas dah nak cakap pape ngan diorang hal-hal personal nih , aku pon terfikir mungkin dengan menulis dalam blog lebih better.
ceritanya bermula macam nih, aku datang kelas dengan hati yang tenang tanpa ada pape pun masalah, so pergi lah aku ke kelas untuk menerima ilmu plus buat kerja-kerja yang aku dah tangguh lama gilerr... dah la tinggal sebulan aje masa nak siapkan semua project yang betambung kat atas meja studio aku. hari hari itu berjalan seperti biasa tapi start dari kebelakangan ini aku macam jadi malas nak layan orang sangat, dak- dak perempuan kelas aku pun aku tak tegur, aku punye prinsip dah jadi berubah , aku terpaksa ubah demi nak menyesuaikan diri aku ngan sekitar yang jugak berubah. "orang yang tak tegur aku, aku pun takkan tegur die" itu lah prinsip sekarang unless kalau ada hal hal penting aje baru aku bercakap ngan diorang, kelas pada hari tuh tamat kul 12 tengahari camtuh. jadi aku pun decide nk pergi kampus sebab nak antar borang daftar subject tuk sem depan , deatelines dah dekat kena lah cepat-cepat sikit klau tak aku tak dapat ambik sem depan tak mahu aku extent masa belajar.. huhu..

Sesampainya aku kt kampus aku pun pergi lah ke pejabat fakulti aku daftar subject sekejap je then siap! aku pun pikir aku ada hal lagi lah kt HEM alang alang dah sampai kampus baik aku pegi kt sana kejap, aku pergi pon bukan apa, aku pergi nak memohon duit bantuan kewangan aje, aku dah seket giler duit tak ada, pastue aku segan nk mintak duit ngan ayah aku , aku nak berubah gak , takkan aku nak mengharap duit ayah aku aje , kenalah cari alternatif tuk selesaikan masalah kewangan , project tuk final nanti makan duit banyak sebab nak buat model .

Lepas aku selesai kat HEM aku pun berjalan la pulang ke matosikal aku, motosikal aku park kt depn pejabat fakulti aku, masa on da way tuh aku terserempak dengan 2 orang dak kelas aku , mula mula ase nak tegur pastue tak jadi last last aku tegur jugak, aku tegur diorg mase tengah jalan nak ke pejabat, tanye diorang datang nak selesaikan borang ker, last last apa yang aku dapat no respon dari diorg, aku duk fikir takkan diorang tak dengar apa yang aku cakap, diorang teruskan berjalan tanpa mngendahkan aku , aku pon try la tegur sekali lagi panggil sekali korang datang ke RAZAK SCHOOL ker? tapi still no response, aku pon panggil nama salah seorang dari mereka Izy izy... (nama dia Iziana tapi orang panggil dia Izy aje, kawan dia pulak Nad) siap panggil nama tuh tapi still no response diorg anggap aku macam angin yang berlalu aje, aku ase terkilan gak ... knapa diorang layan aku macam tuh sekali padahal aku tak pernah ada kacau diorg pun , and aku pun jarang bertegur ngan mereka tapi kenpa diorang layan aku sampai macam tuh??  ak anggap mereka sebagai kawan  tapi mereka anggap aku nih macam bayang bayang pastue tak fikir langsung perasaan aku nih ... sedih tuh ade jugak lah, ye lah , ko jarang bercakap tetiba nk tegur  sebab nk ada jugak converation tapi balsannya macam ini, mesti korang ase aku ade buat salah kan? tapi apa yang boleh cakap sumpah aku tak buat pape pon ... aku tak ada pon cakap cakap belakang diorang. selepas diorang buat camtuh aku pon hanya mampu senyap aje lah , aku nih insan biasa tak ade pape yang aku boleh buat ,klau diorang tak anggap aku macam rakan pon tak ape , aku tak kisah pun. yang aku boleh cakap sejak mak aku meninggal aku dah duk ase hidup aku macam lonely, dulu mak aku la orang yang ceriakan hati aku , kalau aku ada masalah pon aku cerita kat dia then dia tenangkan hati aku , sekarang tak ada dah orang mcm tuh , aku hanya mampu pendam pastue tiba tiba tgk pipi aku dah basah, terkilan , sedih , ase nk menangis pun ade, aku setaip hari cuba nak hiburkan hati aku , sebab itu aku cuba nk menegur mereka, kalau aku duk sorang sorang aku akan asyik duk fikir nak jumpa mak aku, ase mcm bosannya hidup kalau tak ada orang nak ambil kesah pasal hidup.

jadi apa yang aku nk cakap berdasarkan apa yang rasai ini, abaikan orang yang tidak mahu berkawan dengan kita dan sayangi orang yang betul betul menghargai kita, kalau ada kawan baik tuh tolong tolong lah mereka , cuba dapatkan kepercayaan , aku nih memang susah sikit nak berkomunikasi dengan orang sebab aku nih tak pandai , bukan mcam merka semua rata rata budak sekolah asrama dan anak orang berada, aku sekadar anak seorang pekerja pasar sahaja.  ak memang tersa tersisih, mereka berbeza dengan rakan ku yang dahulu mereka lebih friendly dan tidak cuba untuk condemn rakan sendiri, jadi sekian cerita aku disini , asalamualaikum. :)



Comments

Post a Comment

Popular Post

Gynecomastia: Pembedahan Jalan Terakhir

Catatan Zainal Al-Johan Bangsa Melayu Teragung

Gambaran Yakjud & Makjud