Rahsia Masjid Nabi Yang Disembunyikan
            Assalamualaikum dan selamat sejahtera, amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid  yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid  an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid  nabi itu sendiri. Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?   Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code  daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-temapt suci  Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng  kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia  tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan  juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada  umat Islam. Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di  Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat  supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup samasek...