Misteri Pulau Hashima
 
    Pernahkah  sebelum ini anda mendengar mengenai Pulau Hashima? Ada juga yang  menggelarkan Pulau Hashima sebagai pu lau yang berhantu. Mengikut  sejarah, selepas pulau ini ditemui, ia telah diambil alih oleh syarikat  Mitsubishi Corporation untuk mengubah pulau ini menjadi pulau yang ma ju.  Pulau yang begitu kaya dengan sumber  arang batu ini menjadi gemilang pada tahun 1959 dengan pembinaan  bangunan serta kemudahan awam yang lengkap.Siapa sangka pada tahun 50-an  sudah berkembangnya bangunan-bangunan tinggi disini.          Ruang yang sempit memaksa pembinaan bangunan tinggi  dilaku kan.Selain  kemudahan rumah untuk pekerja,turut dibina disini bangunan perubatan,  restoran, bar dan teater.Ini menjadikan pulau Hashima mengandungi  penduduk paling padat didunia dengan 5259 penduduk atau boleh  diterjemahkan 835 orang disetiap keluasan kurang daripada 1 kilometer  persegi. Selepas berakhirnya perang dunia kedua, kemajuan pulau  ini bertambah dengan kemudahan kabel, radio dan dew...
 
