Kegighan Anak Jati Melayu Mencari Kebenaran
 
Diolah semula daripada laporan asal oleh wartawan Mohd. Shukri Mohd. Ariff dalam Dewan Masyarakat keluaran November 2009 Tentu  pelik pada zaman moden ini melihat seseorang berpakaian seperti  pahlawan Melayu dahulukala. Siap dengan lilitan pontoh dan keris panjang  tersisip di pinggang. Insan unik ini boleh dijumpai di Kampung Tanjung  Sena Hulu, Rembau, Negeri Sembilan. Empunya diri bernama Zainal  Al-Johan. Insan ini bukanlah calang-calang orang. Beliau merupakan cucu  kepada Dato’ Putih Haji Mohd Yusof bin Abdul Hamid, pembantu khas Dato’  Abdullah Haji Dahan (Undang Luak Rembau). Beliau pernah menuntut di  Akademi Marin di California, Amerika Syarikat dan pernah berkhidmat  sebagai Komandan Kem Tentera di Kubang Pasu, ketika era Tun. Dr.  Mahathir Mohamad masih menjadi Perdana Menteri.                           Menariknya,  Zainal ini sering membawa Keris Tempa Melaka yang pernah digunakan oleh  Hang Tuah ke mana-mana sahaja. Keris Tempa Melaka ini merupakan keris  kedua Hang Tuah...
 
 
 
 
