Buku Penghapusan Bangsa Melayu : Kita Tahu Siapa Dalang – KWMM
 
       Dzulkarnain Taib, Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) mendakwa pihaknya mengetahui siapa dalang di sebalik penerbitan sebuah buku yang bertujuan untuk propaganda ‘penghapusan’ bangsa Melayu secara sistematik yang berjudul “ Contesting Malayness : Malay Identity Across Boundaries ” diterbitkan  National University of Singapore  pada tahun 2004.         “ Kita tahu (siapa dalang) di belakang buku itu adalah tokoh pemimpin veteran Singapura.   “ Buku itu mengatakan bahawa bangsa Melayu ini tidak wujud. Bahawa bangsa Melayu ini diwujudkan hanya di atas dasar politik, untuk kepentingan politik.   “ Kalau cuba dicari asal-usul Melayu, sampai kiamat pun kita tidak akan jumpa dan buku ini diharamkan di Malaysia tetapi telah dijual berjuta-juta naskah di luar negara,” katanya ketika ditemui AIDC di Putrajaya, 9 Julai.   Menurutnya kerajaan Singapura yang diperintah oleh PAP mempunyai agenda tertentu yang sistematik terhadap masyarakat Melayu   “ Kalau kita pergi ke muzi...