Posts

Showing posts from September, 2011

Jawapan kepada sembilan persoalan Atheis

Pada zaman dahulu, terjadinya suatu perdebatan antara golongan Atheis (tidak percaya kewujudan Tuhan) dengan seorang pemuda yang beragama Islam. Pemuda ini datang bersama gurunya dan gurunya telah diajak berdebat dengan golongan Atheis itu namun tidak dibenarkan pemuda itu, katanya: “Tak selayaknya seorang ulama besar berdebat di dalam majlis sebegini, cuk uplah diserahkan kepada muridnya yang masih muda ini untuk berbincang-bincang dengan mereka-mereka ini.” Semua yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian pemuda ini. Maka bermulalah perdebatan di antara mereka. Bila mana pemuda ini duduk duduk pada tempat yang disediakan maka serentak dengan itu salah seorang Atheis terus mengajukan soalan: Soalan Pertama Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?” Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu...

Rahsia Astana Kazakhstan

Image
Astana, Kazakhstan Astana adalah bandar pertama yang dibina pada abad ke-21 dan ia menunjukkan kepada kita, siapa  yang mengetuai dunia sekarang ini. Bandar ini diilhamkan dan diinspirasikan oleh seorang lelaki yang bernama Nursultan Nazarbayev, Presiden Kazakhstan. Projek yang disokong oleh berbilion dollar, bandar ini dibina asalnya dari kawasan yang terpencil. Hasilnya adalah menakjubkan. Bandar bersenibina futuristik, mendukung 'New World Order' bertuhankan Matahari. Inilah agama purba yang semakin berani menonjolkan diri dewasa ini. Bandar ini masih dalam pembinaan yang berskala besar, tetapi bangunan yang telah berdiri memberikan gambaran tentang misi Nazarbayev itu. The Pyramid of Peace Diilhamkan oleh arkitek terkemuka Britain, Lord Norman Foster, piramid gergasi ini adalah bangunan ganjil yang hadir di tengah-tengah bandar ini. Bangunan ini adalah simbolik untuk "penolakan untuk keganasan" dan "untuk menyatukan agama-agama di dunia". Norman Fost...

Zionis Taja BERSIH 2.0?

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته PENDAHULUAN Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT. Saya mengikuti perkembangan pra demonstrasi Bersih 2.0 di internet dan media massa. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak menyebelah mana-mana pihak atau parti. Saya juga cuba memperhatikan ini dari perspektif yang bebas dari bias politik dan cuba menjangkakan kesan baik buruknya terhadap perpaduan umat Islam di negara ini. Semakin saya menyelidik, semakin banyak tandatanya mengenai Bersih, termasuk siapakah perintisnya, siapakah penajanya, dan adakah Yahudi Zionis memainkan peranan merancang satu 'grand design' untuk menghancurkan Melayu-Islam di negara yang kita cintai ini. Berikut adalah satu rencana yang elok dibaca dan direnungkan. Semoga bermanfaat. ZIONIS TAJA BERSIH 2.0? (1) AIDCNews (26/06/11) - Laman web National Democratic Institute atau ringkasnya, NDI mengesahkan bahawa yayasan demokrasi itu menaja dan menyokong Bersih di Malaysia. “Program-program NDI di Malaysia ditaja oleh ...

Tahun 2012 Dalam Al-Quran

PENYELIDIKKAN DALAM SURAH AR-RAHMAN MENEMUKAN TARIKH 1433H (2012M) DAN RAKAMAN SESUATU YANG BAKAL BERLAKU. read more السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hub ... ungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999. Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet. Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession". Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 di...

4 Rukun Yahudi

Penganut agama Yahudi hari ini mempercayai empat rukun yang telah dipinda serta disesatkan adalah seperti berikut : 1. Yahudi menganggap mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah SWT manakala bangsa-bangsa lain adalah ‘binatang-binatang’ yang dijadikan rupa manusia yang membolehkan mereka melakukan apa sahaja termasuk membunuh bangsa lain. 2. Yahudi berhasrat untuk mendirikan Haikal Sulaiman iaitu kuil yang mereka dakwa pernah didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tapak kuil itu ialah Masjidil Aqsa yang menjadi tempat Israk Nabi Muhamad s.a.w. 3. Bangsa Yahudi mahu mendirikan negara besar dunia yang berpusat di Israel di mana seluruh dunia akan tunduk kepadanya. 4. Yahudi menunggu al-Maseh. Al-Maseh ialah yang memimpin Yahudi untuk menakluk dunia. Kepada kita orang Islam, al-Maseh ialah ‘dajjal’ yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w. Oleh itu kita hendaklah berwaspada dengan tindak tanduk Yahudi dengan menyakini tidak ada yang berkuasa selain daripada Allah S.W.T. * sedutan darip...