Posts

Showing posts from July, 2012

Kegighan Anak Jati Melayu Mencari Kebenaran

Image
Diolah semula daripada laporan asal oleh wartawan Mohd. Shukri Mohd. Ariff dalam Dewan Masyarakat keluaran November 2009 Tentu pelik pada zaman moden ini melihat seseorang berpakaian seperti pahlawan Melayu dahulukala. Siap dengan lilitan pontoh dan keris panjang tersisip di pinggang. Insan unik ini boleh dijumpai di Kampung Tanjung Sena Hulu, Rembau, Negeri Sembilan. Empunya diri bernama Zainal Al-Johan. Insan ini bukanlah calang-calang orang. Beliau merupakan cucu kepada Dato’ Putih Haji Mohd Yusof bin Abdul Hamid, pembantu khas Dato’ Abdullah Haji Dahan (Undang Luak Rembau). Beliau pernah menuntut di Akademi Marin di California, Amerika Syarikat dan pernah berkhidmat sebagai Komandan Kem Tentera di Kubang Pasu, ketika era Tun. Dr. Mahathir Mohamad masih menjadi Perdana Menteri. Menariknya, Zainal ini sering membawa Keris Tempa Melaka yang pernah digunakan oleh Hang Tuah ke mana-mana sahaja. Keris Tempa Melaka ini merupakan keris kedua Hang Tuah

Catatan Zainal Al-Johan Bangsa Melayu Teragung

Image
Petikan sebahagian laporan oleh wartawan Desi Ernita Dahnin yang telah disiarkan di dalam Mastika edisi November 2011 Hamba ini berbangsa Melayu. Bangsa yang satu ketika dulu adalah bangsa yang jauh peradabannya ke hadapan, meninggalkan bangsa-bangsa lain di seluruh dunia. Bangsa Melayu kaya dengan kepakaran dan teknologi. Tunggu! Jangan mencebik, jangan mencemuh! Tuan hamba sekalian mungkin tidak tahu. Benar, generasi kita hari ini tidak tahu akan fakta kehebatan bangsa Melayu zaman dahulu. Dek kerana segala fakta itu telah dimusnahkan oleh sang penjajah keparat. Penjajah tidak mahu bangsa Melayu menjadi bangsa berkuasa di dunia. Mereka tidak mahu generasi Melayu akan datang tahu kehebatan nenek moyang mereka dahulu kala. Inilah muslihat penjajah keparat! Meriam Terbesar Melayu Dilarikan ke India Bangsa kita dimomokkan bahawa Melayu dahulu kala hanya berperang dengan keris dan lembing sahaja. Tidak! Tahukah tuan hamba sekalian, bangsa kita telah mencipta meriam, sudah la