Posts

Showing posts from July, 2011

18 Perkara Mengenai Wanita

18 perkara mengenai seorang wanita 1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda,   ' Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia '.   2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.   4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.   5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.   6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya

The Google + project Dijangka Mengatasi Facebook

Image
Enjin pencarian internet terkenal dunia, Google melancarkan laman sosial terbaru bagi menyaingi Facebook yang dipanggil Google+. "Perkongsian secara dalam talian sedang berada dalam keadaan serba salah. Malah sudah pecah dan kami ingin memperbaikinya," kata Naib Presiden Kanan Kejuruteraan Google, Vic Gundotra dalam blog mengenai inisiatif laman sosial yang dinanti-nantikan syarikat berkenaan. Ketika memperkenalkan Google+, Gundotra berkata, keupayaannya ialah membolehkan pengguna membezakan kawan secara dalam talian dan keluarga dalam "bulatan" berbeza atau rangkaian dan berkongsi maklumat hanya dengan ahli dalam bulatan berkenaan. Salah satu kritikan terhadap Facebook ialah sebarang kemas kini dikongsi semua kawan kecuali pengguna membuat Kumpulan Fecebook berbeza. - AFP